i-Great Mega Plus Bagi Anda Wakafkan Sehingga 30% Manfaat Kematian

KONGSI

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melancarkan i-Great Mega Plus pada 15 Ogos 2026, sebuah pelan takaful keluarga yang membolehkan anda peruntukkan sehingga 30% daripada manfaat kematian untuk diwakafkan kepada institusi wakaf yang dilantik, manakala baki boleh disalurkan kepada waris melalui hibah seperti biasa.

Ketua Pemasaran GETB, Rashida Mior Ahmad Darwish menjelaskan kemudahan wakaf ini disediakan kepada pelanggan supaya mereka boleh memperuntukkan manfaat takaful sehingga 30 peratus dalam bentuk wakaf. “Sebab secara umumnya, apabila kita membuat perancangan, kita mempunyai bahagian untuk penama dari segi hibah. Jadi, apa yang kami sediakan ialah wakaf yang boleh disalurkan melalui organisasi wakaf,” katanya.

Caruman Bulanan Bermula RM150 

Pelan ini disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi dan pemilik perniagaan yang mahu merancang perlindungan dan kesinambungan legasi. Perlindungan bermula RM300,000. Kalau anda berumur 25 tahun, caruman bulanan bermula sekitar RM150 hingga RM200. Menurut Rashida, anda boleh mulakan dengan kadar rendah dahulu dan tambah caruman kemudian, kerana lebihan caruman itu turut disalurkan ke bahagian pelaburan.

Anda Boleh Pilih Dana Pelaburan Sendiri

i-Great Mega Plus juga mempunyai komponen pelaburan. Wakil lantikan Great Eastern Takaful, Jasveen Kaur Marne berkata, anda boleh memilih dana untuk dilaburkan mengikut keperluan sendiri, dan pulangan dana itu akan menjadi sebahagian daripada nilai aset anda. Perlu diingat, pulangan ini berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin.

Anda boleh mengeluarkan wang daripada bahagian pelaburan pada bila-bila masa sekiranya perlu, contohnya dalam tempoh 10 tahun pertama. Jelas Jasveen, anda juga berpeluang memiliki nilai simpanan yang lebih besar apabila mencecah usia sekitar 50 tahun sekiranya anda tidak mengeluarkannya. “Ia bergantung kepada kemampuan dan juga objektif yang ingin dicapai, berapa ramai yang anda mahu lindungi dan untuk siapa anda meninggalkan legasi. Jadi, ia mempunyai semua fleksibiliti itu untuk anda pilih jumlah yang ingin dicarum, berapa jumlah perlindungan dan bila,” katanya.

Manfaat Kesetiaan, Kematangan dan Kemalangan 

Setiap lima tahun, 5% daripada caruman tahunan anda akan dikreditkan sebagai manfaat kesetiaan, dengan syarat caruman dibayar tepat waktu dan tiada pengeluaran separa dibuat. Apabila pelan matang, 1% daripada jumlah perlindungan asas turut dikreditkan sebagai manfaat rangsangan matang, dengan syarat caruman dibayar penuh dan tepat waktu.

Bagi manfaat kematian akibat kemalangan, peratusan tambahan bergantung kepada lokasi kejadian: 100% untuk kemalangan di Malaysia, 200% untuk situasi tertentu di Malaysia seperti kemalangan pengangkutan awam, lif, atau kebakaran bangunan, dan 300% untuk kemalangan di luar Malaysia.

Anda juga diberi tempoh rujukan percuma selama 15 hari selepas terima sijil untuk menilai semula kesesuaian pelan ini.

Kempen Emas Bersama Habib, Sehingga 30 September 2026

Sempena pelancaran ini, GETB bekerjasama dengan Habib menerusi Kempen Emas Vaganza. Pelanggan terpilih layak memenangi jongkong emas 999.9 seberat 10 gram sehingga 30 September 2026.

Kalau anda berminat dengan i-Great Mega Plus, dapatkan butiran lanjut mengenai syarat kelayakan dan cara memohon terus daripada Great Eastern Takaful atau ejen berlesen.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen