Insurans Penyakit Kritikal Zurich Kini Boleh Dibeli Terus Dalam Shopee dan ShopeePay

KONGSI

Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) kini menawarkan Insurans Penyakit Kritikal Zurich melalui aplikasi Shopee dan ShopeePay. Produk ini ditanggung jamin oleh ZLIMB dan diedarkan oleh MoneeInsure Agency Malaysia Sdn. Bhd. (MoneeInsure). 

Memandangkan enam daripada 10 rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai simpanan kecemasan kurang daripada RM1,000, menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM). Susulan itu, keperluan terhadap perlindungan insurans yang mudah diakses kini semakin meningkat, terutamanya bagi menangani risiko kesihatan yang boleh menjejaskan kewangan peribadi. 

Dua Pilihan Pelan, Perlindungan Sehingga RM300,000

Insurans Penyakit Kritikal Zurich datang dalam dua pelan, iaitu Pelan Asas dan Pelan Komprehensif dengan perlindungan sehingga RM300,000. Kedua-dua pelan melindungi sehingga 14 jenis penyakit kritikal dan peringkat awal, termasuk kanser, serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Ciri-ciriPelan AsasPelan Komprehensif
Jumlah DiinsuranskanPilihan RM50,000, RM100,000, RM200,000, atau RM300,000Sama seperti Pelan Asas 
Pendapat Perubatan KeduaSehingga RM2,000Sama seperti Pelan Asas 
Sokongan Pendapatan BulananRM5,000 hingga RM8,000 sebulan selama 3 bulanSama seperti Pelan Asas 
Perlindungan Penyakit Peringkat AwalN/APerlindungan bagi penyakit peringkat awal yang tersenarai sehingga RM150,000
Kaedah PembayaranBulanan atau TahunanBulanan atau Tahunan

Penyakit kritikal yang dilindungi termasuk kanser, strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, kegagalan hati peringkat akhir, penyakit paru-paru peringkat akhir dan penyakit arteri koronari serius. Senarai penuh penyakit peringkat awal di bawah Pelan Komprehensif pula boleh disemak dalam Lembaran Pendedahan Produk (PDS) Penyakit Kritikal Zurich.

Kedua-dua pelan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Bulan Pertama Percuma untuk Pelan Asas

Bermula bulan ini, MoneeInsure menawarkan Pelan Asas percuma untuk bulan pertama kepada rakyat Malaysia yang layak. Tawaran tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

Cara Beli Dalam Shopee dan ShopeePay

Bagi anda yang ingin membeli pelan ini, anda perlu buka aplikasi ShopeePay dan pilih ‘Insurans’ di halaman utama kemudian pilih ‘Kesihatan’. Di aplikasi Shopee pula, anda boleh pergi ke halaman “Saya”, klik “Insurans” di bawah bahagian Perkhidmatan Kewangan dan seterusnya pilih “Kesihatan”.

Untuk butiran penuh perlindungan, manfaat, serta terma dan syarat, pembeli boleh melayari halaman produk Insurans Penyakit Kritikal Zurich atau rujuk PDS yang disediakan oleh Zurich yang ada di dalam laman web Shopee MY Help Center.

Semak Halaman Produk Insurans Sebelum Daftar

Pada pendapat kami, sebaiknya anda semak terlebih dahulu halaman produk Insurans Penyakit Kritikal Zurich atau PDS untuk memahami skop perlindungan, pengecualian dan syarat tuntutan sepenuhnya sebelum anda mendaftar. Perkara ini penting untuk anda lakukan terutamanya bagi mereka yang pertama kali membeli produk insurans penyakit kritikal agar mereka jelas tentang apa yang dilindungi dan apa yang tidak sebelum terikat dengan bayaran bulanan atau tahunan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen