ShopeePay kini membolehkan pengguna membeli Travel eSIM dalam aplikasi tanpa perlu ke kedai atau muat turun aplikasi lain. Perkhidmatan ini menyokong sambungan internet di enam negara iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun, China dan Singapura.
Apa yang lebih menarik adalah harga yang dijual adalah serendah RM3.50 dengan tempoh penggunaan sehingga 31 hari. Sesuai untuk mereka yang mahu bercuti untuk tempoh yang singkat atau agak lama ke luar negara..
Cara Untuk Membuat Pembelian dan Mengaktifkannya
Proses pembelian boleh selesai dalam beberapa minit:
- Dalam aplikasi ShopeePay, klik “Lebih Lagi” atau pergi ke “Bil & Bayaran”, kemudian pilih “eSIM”.
- Pilih destinasi, tetapkan jumlah data (GB) dan bilangan hari, kemudian tekan “Sahkan”.
- Untuk aktifkan, pergi ke “Sejarah” dan pilih pesanan anda. Klik “Aktifkan eSIM Sekarang” dan ikuti arahan. Terdapat 3 cara pengaktifan: terus (direct activation), kod QR, atau pengaturan secara manual (manual setup).

Makin Mudah Untuk Anda Beli Travel eSIM
Sebelum ini, rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara perlu singgah ke kedai telekomunikasi atau kaunter lapangan terbang untuk membeli simkad sebelum atau sebaik tiba di destinasi. Ada yang terpaksa beratur panjang dan ada pula yang menghadapi masalah simkad tidak sesuai dengan telefon.
Kini, anda tidak perlu lagi berdepan dengan kesemua masalah itu kerana terdapat pelbagai pilihan eSIM yang dijual secara dalam talian dan salah satunya Travel eSIM ShopeePay. Pengguna boleh beli dan aktifkan pelan data secara terus dari telefon pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Tiada simkad fizikal, tiada kedai dan tidak perlu beratur. Hanya buka aplikasi, pilih destinasi, dan sambungan internet sudah tersedia.
Anda Juga Boleh Beli Insurans Perjalanan Di ShopeePay
Selain Travel eSIM, ShopeePay turut menawarkan insurans perjalanan, tempahan hotel, dan tiket penerbangan dalam satu platform yang sama. Pilihan hotel merangkumi destinasi seperti Tokyo, Beijing, dan Jakarta, termasuk staycation di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Shopee.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemaskini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
