Tidak dinafikan, ada pembayar cukai yang hanya log masuk ke aplikasi MyTax atau hasil.gov.my apabila musim menghantar borang tiba sahaja. Namun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan bahawa tabiat sebegini harus diubah.
Pegawai Eksekutif Kanan LHDN (Jabatan Pungutan HASiL), Azaharuddin Mohd Ali berkata, pematuhan cukai bukan sekadar menghantar borang setahun sekali, sebaliknya ia melibatkan tiga perkara penting iaitu laporan pendapatan yang jujur, rekod kewangan yang teratur dan pemahaman tentang pelepasan yang layak dituntut.
Semak MyTax Secara Berkala, Bukan Sekali Setahun
Azaharuddin menegaskan pentingnya semakan berkala supaya maklumat seperti pendapatan, pelepasan dan status cukai sentiasa tepat dan terkini, bukan sekadar dikemaskini tergesa-gesa ketika ingin menghantar borang.
Platform MyTax bukan sahaja untuk e-Filing. Anda juga boleh:
- Semak maklumat cukai semasa
- Kemas kini profil
- Terima notifikasi penting berkaitan cukai anda
Gagal Patuh Boleh Bawa Kepada Tindakan Penguatkuasaan
Beliau turut memberi amaran bahawa cuai dalam memenuhi tanggungjawab cukai boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap anda. Gunakan platform digital yang ada untuk urus hal cukai dengan lebih mudah sebelum ia jadi masalah di kemudian hari.
Azaharuddin menyampaikan peringatan ini semasa menjadi tetamu dalam program ‘Klinik Cukai’ di Radio Bernama pada Selasa (21 April).
Cukai Anda Kembali kepada Rakyat
Antara perkara penting yang ditekankan adalah hasil cukai yang dikutip bukan sekadar angka, wang itu digunakan untuk membiayai infrastruktur awam, pendidikan dan kesihatan yang dapat memberi manfaat semula kepada rakyat Malaysia.
Sebagai pembayar cukai, mungkin ada beberapa perkara yang anda keliru atau tidak tahu. Jangan risau, artikel kami mengenai cukai pendapatan boleh membantu anda.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
