Maybank kini menawarkan diskaun sehingga 30% untuk tempahan hotel menerusi platform Agoda. Tawaran ini terbuka jika anda memegang Kad Kredit atau Debit Mastercard Maybank atau Maybank Islamic, bermula 1 September 2026 sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada bajet promosi bulanan.
Diskaun Dihadkan Pada RM150 Setiap Transaksi
Kadar diskaun yang diberikan bergantung kepada jenis kad yang anda miliki. Bagi mereka yang memegang Kad Maybank World Elite Mastercard atau Maybank Islamic World Elite Mastercard Ikhwan, anda layak untuk mendapat diskaun 30%. Pemegang kad kredit-i dan debit Maybank atau Maybank Islamic Mastercard yang lain pula layak menerima diskaun 25%.
Kedua-dua kategori kad memerlukan tempahan minimum RM200 (tidak termasuk cukai dan yuran) daripada anda, dan diskaun dihadkan pada RM150 setiap transaksi.
| Jenis Kad | Diskaun | Tempahan Minimum |
| Maybank World Elite Mastercard / Maybank Islamic World Elite Mastercard Ikhwan | 30% | RM200 |
| Kad Kredit-i dan Debit Maybank/Maybank Islamic Mastercard lain | 25% | RM200 |
Tempoh Tempahan Dan Tempoh Menginap Adalah Berbeza
Anda perlu membuat tempahan antara 1 September 2026 hingga 31 Disember 2026. Tempoh penginapan anda pula lebih panjang, iaitu dari 1 September 2026 sehingga 30 Jun 2027. Jumlah diskaun yang disediakan untuk promosi ini turut terhad, iaitu USD70,000 sebulan. Ia diberikan mengikut prinsip siapa cepat dia dapat.
Tempah Di Laman Khas, Tak Semua Hotel Layak
Tempahan anda hanya sah jika dibuat melalui laman www.agoda.com/maybankmastercard. Diskaun akan terpapar pada langkah “Your Payment Details” selepas anda masukkan nombor Kad Maybank Mastercard yang sah untuk hotel yang perlu anda bayar semasa membuat tempahan.
Untuk makluman, tidak semua hotel di laman Agoda layak untuk promosi ini. Semasa mencari, anda perlu tapis kepada hotel yang mempunyai label “Promotion Eligible” pada keputusan carian.
Cukai, Pembatalan Dan Sekatan Tempahan
Diskaun ini hanya terpakai untuk caj bilik hotel sahaja, tidak termasuk cukai tempatan, yuran perkhidmatan, atau sebarang caj tambahan lain.
Jika anda membuat tempahan jenis “book now pay later” atau bayar terus di hotel, anda tidak layak untuk promosi ini. Perubahan tarikh tempahan turut tidak dibenarkan, dan sebarang pembatalan bermakna diskaun hilang nilai tanpa sebarang bayaran balik.
Promosi ini juga tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain, dan tidak boleh digabungkan dengan mana-mana diskaun atau kempen lain, serta tidak boleh ditukar kepada tunai atau produk lain, melainkan dinyatakan sebaliknya. Namun ia terpakai sekali bagi setiap transaksi tempahan yang anda buat, termasuk tempahan dengan pelbagai bilik atau malam.
Maklumat promosi ini berdasarkan laman rasmi Maybank. Terma dan syarat penuh boleh berubah dengan notis 21 hari terlebih dahulu di laman rasmi tersebut. Sebelum anda buat tempahan, semak dahulu status kelayakan hotel pilihan anda di www.agoda.com/maybankmastercard.
Bagi anda yang berminat untuk memiliki Kad Kredit Maybank, anda boleh semak, bandingkan dan mohon di RinggitPlus.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
