JPN Umum Gangguan Percetakan MyKad Sehingga 7 September

KONGSI

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan gangguan sementara bagi perkhidmatan percetakan MyKad. Gangguan ini dijangka berlangsung dari 1 September hingga 7 September 2026.

Punca Gangguan Percetakan MyKad

Menurut kenyataan rasmi JPN pada 1 September 2026, proses peralihan struktur MyKad kepada generasi baharu yang menjadi punca gangguan perkhidmatan percetakan ini. Sekiranya Anda merancang untuk melakukan urusan berkaitan MyKad dalam tempoh tersebut, ada kemungkinan ia turut terjejas.

Bila Anda Perlu Tangguh Permohonan

Susulan itu, JPN menasihati anda untuk menangguhkan dahulu permohonan MyKad dalam tempoh ini, jika anda tidak mempunyai keperluan mendesak untuk menggantikan atau memperbaharui kad pengenalan.

Nasihat ini turut terpakai kepada ibu bapa atau penjaga anak yang baru mencecah umur 12 tahun dan bakal memohon MyKad buat kali pertama. JPN meminta anda menunggu dahulu supaya anak tersebut boleh terus mendapatkan MyKad generasi baharu sebaik sahaja ia mula dikeluarkan.

JPN Mohon Maaf Atas Kesulitan

JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan ini. Jabatan turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang anda mungkin hadapi akibat gangguan tersebut.

Sambungan Gangguan Ogos, Ikuti Kemas Kini JPN

Semak saluran rasmi JPN untuk perkembangan terbaru berkaitan MyKad generasi baharu. Untuk makluman, ini bukan kali pertama JPN mengumumkan gangguan berkaitan peralihan ini. Gangguan yang sama turut diumumkan pada 26 hingga 31 Ogos 2026, ekoran punca yang sama iaitu peralihan kad pengenalan kepada generasi baharu. 

Kad Generasi Baharu Bakal Hadir Dengan 53 Ciri Keselamatan

MyKad generasi baharu akan hadir dengan 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri pada kad semasa. Ciri yang dinaik taraf termasuk ukiran laser, elemen ultraungu (UV), hologram, corak guilloche, teks mikro, kod QR untuk penguatkuasaan dan cip dengan enkripsi yang dipertingkatkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias.

Bagaimanapun, MyKad baharu ini dikatakan tidak lagi menyertakan fungsi Touch ‘n Go. Selain Mykad, versi terkini MyPoCA dan MyTentera juga dijangka diperkenalkan selaras dengan pelancaran kad generasi baharu.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen