Kuota BUDI95 Dikurangkan, Ini Anggaran Jarak Perjalanan Kereta Anda Untuk 200 Liter

KONGSI

Mulai 1 April ini, peruntukan bulanan subsidi petrol RON95 iaitu BUDI95 untuk setiap rakyat Malaysia yang layak akan dikurangkan kepada 200 liter sebulan

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang khas semalam (26 Mac), sebagai respons kepada kenaikan harga minyak global akibat konflik Asia Barat.

90% Rakyat Malaysia Tidak Akan Terjejas

Walaupun peruntukan dikurangkan, kerajaan menegaskan hampir 90% pengguna tidak akan merasai sebarang perbezaan.

Ini kerana purata penggunaan bulanan rakyat Malaysia sebenarnya hanya sekitar 100 liter  jauh di bawah had baru 200 liter. Harga RON95 juga kekal pada RM1.99 seliter dantidak berubah.

Bagi pemandu e-hailing yang layak, peruntukan 800 liter turut dikekalkan.

200 Liter Cukup Ke? Ini Anggaran Jarak Mengikut Jenis Kereta 

Sama ada 200 liter itu banyak atau sedikit, ia bergantung kepada kereta yang anda pandu. Namun, kami percaya bahawa jumlah tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan masyarakat dalam penggunaan seharian.

Nak nampak lebih jelas? Ini anggaran jarak yang boleh anda capai sebulan berdasarkan kadar penggunaan bahan api rasmi:

ModelPenggunaan Bahan ApiJarak Anggaran (200L)
Perodua Axia 1.0 AV3.7 L/100km~5,400 km
Perodua Bezza 1.3 AV4.5 L/100km~4,440 km
Perodua Myvi 1.5 AV4.7 L/100km~4,255 km
Proton Saga MC3 1.5 CVT (Premium)4.9 L/100km~4,082 km
Proton Saga MC3 1.5 AT (Standard/Executive)5.1 L/100km~3,922 km
Toyota Vios 1.5G5.2 L/100km~3,840 km

Sebagai perbandingan, jarak Kuala Lumpur ke Johor Bahru lebih kurang 330 km, manakala KL ke Pulau Pinang pula lebih kurang 370 km. Dengan 200 liter, pengguna Axia boleh membuat lebih 16 perjalanan ulang-alik KL–JB sebulan.

Nota: Jarak perjalanan ini adalah anggaran berdasarkan kadar penggunaan bahan api rasmi pengeluar mengikut Malaysian Driving Cycle (MDC). Penggunaan sebenar adalah bergantung pada cara pemanduan anda, keadaan jalan, dan kondisi kenderaan.

Nak tahu lebih banyak info? Anda boleh baca artikel Harga Minyak Malaysia Terkini (RON95, RON97 & Diesel) kami.

Sabah dan Sarawak: Diesel Bersubsidi Kekal RM2.15

Dalam pada itu, kerajaan juga mengambil kira cabaran geografi dan logistik di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini akan terus menerima diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter, walaupun harga diesel global sedang meningkat.

Sebagai langkah sementara untuk membendung penimbunan dan penyeludupan, kerajaan mengenakan had pembelian diesel berkuat kuasa 1 April ini.

Had yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Kategori KenderaanHad Pembelian
Kenderaan ringan (pengangkutan awam, barangan dan persendirian)Maksimum 50 liter
Kenderaan pengangkutan awam dan barangan (tidak melebihi 3 tan)Maksimum 100 liter
Kenderaan melebihi 3 tanMaksimum 150 liter


Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen