Had Baharu Diesel di Sabah dan Sarawak Berkuat Kuasa 1 April 2026, Ini Yang Anda Perlu Tahu

KONGSI

Rakyat Malaysia pada ketika ini sedang tertumpu terhadap isu bahan api yang bukan hanya memberi kesan terhadap negara, bahkan di seluruh dunia akibat konflik Asia Barat.

Susulan itu, Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah penting termasuk menghadkan pembelian diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak yang akan berkuat kuasa bermula 1 April ini.

Tindakan ini diambil bagi membendung penyimpanan stok dan penyeludupan yang semakin membimbangkan. Pengumuman mengenai perkara itu dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ucapan khas yang disiarkan di televisyen pada petang semalam (26 Mac).

Had Pembelian Diesel Mengikut Jenis Kenderaan

Berikut adalah had yang ditetapkan:

Jenis KenderaanHad Pembelian
Kenderaan ringan50 liter setiap pembelian
Pengangkutan awam dan kenderaan barangan (bawah 3 tan)100 liter setiap pembelian
Kenderaan melebihi 3 tan150 liter setiap pembelian

Harga Diesel Bersubsidi Kekal RM2.15 Seliter

Walaupun harga diesel global sedang meningkat, Sabah dan Sarawak akan terus menerima diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter. Kerajaan mengambil kira cabaran logistik dan geografi unik kedua-dua negeri ini.

Namun, Anwar memberi amaran bahawa jurang harga yang semakin melebar menuntut tindakan lebih tegas.

“Apabila jurang harga semakin melebar, kita perlu lebih berwaspada, mengambil langkah yang lebih ketat dan penguatkuasaan yang lebih berkesan,” katanya.

Kuota RON95 Bawah BUDI95 Turut Dikurangkan

Selain diesel, kuota bulanan RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 juga terjejas. Kuota sedia ada dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa mulai bulan depan.

Harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Anwar menegaskan pengurangan kuota ini bersifat sementara, sebagai langkah interim untuk menangani kesan konflik di Timur Tengah terhadap bekalan dan harga minyak global.

“Langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan awam. Saya memohon kefahaman dan kerjasama orang ramai agar kita dapat mencegah kebocoran,” katanya.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments