MYTV Mana-Mana Beralih Platform Mulai Jun 2026, Tiada Lagi Pelan Langganan Baharu

KONGSI

Aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana bakal melalui proses peralihan besar mulai 1 Jun 2026. Sehubungan itu, semua pelan langganan sedia ada akan diberhentikan sepenuhnya.

Ini bermakna, jika anda masih melanggan platform terbabit, masa anda menggunakan perkhidmatan ini semakin terhad.

Apa Yang Akan Berubah Selepas 1 Jun 2026?

Bermula 1 Jun 2026, MYTV Mana-Mana tidak akan lagi menerima sebarang pendaftaran pelan langganan baharu. Pelan-pelan yang ada pada masa ini, termasuk pelan Premium dan Basic tidak akan ditawarkan kepada pengguna lagi.

Walaupun pihak MYTV belum mendedahkan platform baharu yang akan menggantikannya, proses peralihan ini jelas menandakan perubahan besar dalam operasi perkhidmatan penstriman mereka.

Pengguna Premium dan Basic Boleh Dapatkan Bayaran Balik

Jika langganan Premium atau Basic anda masih aktif selepas 1 Julai 2026, anda akan menerima e-mel daripada pihak MYTV yang mengandungi maklumat lanjut tentang proses bayaran balik (refund).

Pastikan anda semak peti masuk e-mel anda secara berkala, termasuk folder spam atau promotion, supaya anda tidak terlepas sebarang notifikasi penting daripada MYTV.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau anda tidak pasti tentang status langganan anda, hubungi terus pasukan Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300 80 6988.

Apa Yang Perlu Anda Buat Sekarang?

Sambil menunggu maklumat lanjut daripada MYTV, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

  • Semak tarikh tamat langganan semasa anda
  • Pastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam akaun MYTV Mana-Mana adalah aktif dan boleh diakses
  • Hubungi khidmat pelanggan jika ada sebarang kekeliruan tentang status akaun anda

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen