Nikmati Lebih Mata Mesra dan Pulangan Tunai Dengan Setel Savers, Hanya RM4.90 Sebulan

KONGSI

Aplikasi dompet digital yang ramai gunakan untuk mengisi minyak di stesen Petronas iaitu Setel telah melancarkan Setel Savers. Ia merupakan pelan langganan pada harga RM4.90 sebulan dengan percubaan percuma selama dua bulan untuk pengguna baharu.

Setel Savers ini memberi pemegang akaun akses kepada mata Mesra Rewards tambahan dan pulangan tunai untuk perbelanjaan harian. Pelan ini bukan untuk pembelian bahan api secara langsung, namun jika anda kerap menggunakan Setel untuk membayar bil, parkir, insurans atau cas kenderaan elektrik (EV), ada faedah yang boleh dikumpul.

Apa Faedah Anda Dapat Jadi Ahli Setel Savers?

Faedah utama pelan ini adalah dua kali ganda mata tambahan di atas mata ganjaran biasa untuk perbelanjaan bukan bahan api.

Kategori yang layak termasuk:

  • Parkir
  • Insurans motor
  • Cukai jalan
  • Bantuan kecemasan kenderaan
  • Pembayaran bil
  • Setel QR (tidak termasuk DuitNow QR)
  • Cafe Mesra
  • Kedai Petronas
  • Pengecasan EV

Untuk pembelian di Kedai Mesra khususnya, anda boleh kumpul 100 mata dengan perbelanjaan minimum RM10, sehingga 4 kali setiap bulan iaitu maksimum 400 mata.

Mata Bonus dan Pulangan Tunai

Untuk pengecasan EV, anda boleh dapat sehingga 300 mata bonus apabila perbelanjaan terkumpul mencapai RM300.

Selain mata, terdapat juga pulangan tunai untuk kategori tertentu:

  • RM25 pulangan tunai untuk Servis Kereta (minimum belanja RM250)
  • RM25 pulangan tunai untuk pembaharuan Insurans Motor
  • RM10 pulangan tunai untuk Penggantian Bateri

Setiap ganjaran pulangan tunai terhad kepada satu transaksi sebulan bagi setiap kategori. 

Setel menyatakan jumlah keseluruhan yang boleh dikumpul mencecah lebih 700 mata Mesra Rewards dan sehingga RM60 pulangan tunai.

Bagaimana Dengan Mata Untuk Bahan Api?

Tiada mata tambahan khusus untuk pembelian petrol atau diesel di bawah Setel Savers. Jumlah mata yang anda peroleh untuk bahan api masih bergantung pada peringkat keahlian Mesra Rewards sedia ada anda:

  • Junior: 1.5x mata setiap liter
  • Explorer: 2x mata setiap liter
  • Hero: 3x mata setiap liter

Kadar mata untuk pembelian bahan api ini sah hingga 30 Jun 2026. Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di laman web Setel Savers.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemaskini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen