Guna QR Maybank 3 Kali Di Luar Negara, Boleh Menang Patung Mr Tiger Eksklusif!

KONGSI

Pelanggan Maybank yang sering menggunakan aplikasi MAE untuk berbelanja di luar negara kini mempunyai peluang untuk memenangi patung Mr Tiger eksklusif sepanjang bulan Jun ini.

Untuk berpeluang mendapatkan patung Mr Tiger, anda hanya perlu imbas dan bayar (Scan & Pay) sebanyak tiga kali di Singapura, Indonesia, Thailand atau Kemboja sebelum 30 Jun 2026.

Kempen Terbuka Untuk Semua Pengguna MAE 

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna MAE yang telah mendaftarkan fungsi Scan & Pay. Peserta bawah 18 tahun boleh menyertai dengan syarat mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu. 

Minimum RM10 Untuk Setiap Transaksi

Kempen ini berlangsung dari 8 hingga 30 Jun 2026 dengan setiap transaksi pembayaran QR rentas sempadan (Cross-Border QR Payment) mestilah minimum RM10.

Kod QR yang diterima mengikut negara adalah seperti berikut:

NegaraKod QR Tempatan
SingapuraNETS QR
IndonesiaQRIS QR
ThailandPROMPT PAY QR
KembojaKHQR

Sebaik sahaja tiga transaksi selesai, nama anda akan dimasukkan ke dalam cabutan. Sebanyak 100 pemenang akan dipilih secara rawak oleh Maybank dan setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

Bila Hadiah Akan Diberikan?

Pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon, e-mel, atau notifikasi dalam aplikasi MAE. Tarikh paling lewat para pemenang akan menerima hadiah tersebut adalah pada 31 Ogos 2026. Satu perkara penting yang perlu anda ingat adalah pihak Maybank tidak akan meminta maklumat perbankan seperti nombor kad, TAC, PIN, atau OTP untuk sebarang tujuan. 

Kempen ini sangat sesuai buat anda yang sedang merancang perjalanan ke negara-negara di dalam senarai pada bulan ini.

Untuk pertanyaan, hubungi Maybank Customer Care di talian 1 300 88 6688 atau +603 7844 3696.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemaskini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen