Ekonomi digital di Asia Tenggara kini melepasi nilai dagangan kasar US$300 bilion pada 2025 dan pertumbuhan ini sudah menjadi sesuatu yang dijangka. Namun, persoalan yang lebih penting sekarang adalah apa yang berlaku selepas pelanggan mula menggunakan pembayaran digital.
Jawapannya ada pada pengalaman. Perniagaan yang faham ini lebih awal akan ada kelebihan yang ketara.
Pelanggan Ada Jangkaan Tersendiri Tentang Pembayaran Digital
Di Malaysia, jumlah transaksi e-pembayaran tumbuh 25% kepada 18.4 bilion urus niaga pada 2025. DuitNow QR sahaja mencatatkan 3 bilion transaksi, dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Kesimpulannya, kini pelanggan sudah beralih ke pembayaran digital. Persoalan bagi peniaga sekarang bukan lagi tentang cara nak mula terima bayaran digital, tetapi bagaimana nak pastikan pelanggan terus kembali.
Masalahnya Bukan Pilihan, Tapi Pengalaman
Pelanggan pada masa kini bukan hanya pilih cara bayar, malah mereka sudah ada jangkaan tentang seberapa cepat, mudah dan selamat bagi setiap transaksi yang dilakukan. Jangkaan ini terpakai sama ada beli barangan dalam talian, secara fizikal di kedai atau terima penghantaran di rumah.
Kajian Baymard Institute mendapati 70.19% pembeli dalam talian tidak selesaikan proses pembayaran mereka. Daripada jumlah itu, 18% berhenti kerana prosesnya terlalu panjang dan menyusahkan, manakala 19% lagi memilih untuk tidak teruskan kerana rasa tidak selesa untuk masukkan maklumat kad mereka di laman web tersebut.
Proses pembayaran yang leceh boleh membuat pelanggan tidak akan kembali untuk membeli.
Ciri Keselamatan Yang Tak Ganggu Proses Pembayaran
Selama ini, keselamatan pembayaran bergantung pada pengesahan tambahan dan pengulangan kemasukan maklumat sensitif. Langkah-langkah ini memang penting, tapi ia boleh melambatkan proses bayar, terutamanya apabila pelanggan membuat pembelian yang kerap dan mahukan transaksi yang cepat.
Penyelesaiannya adalah perlindungan yang bekerja secara senyap di latar belakang. Salah satu contoh adalah tokenisasi, iaitu proses menukar butiran kad kepada kod digital yang selamat. Pelanggan tidak perlu ubah apa-apa cara mereka membayar, tapi risiko kebocoran maklumat sudah jauh berkurang.
Peniaga Kecil Juga Boleh Tawar Pengalaman Pembayaran Yang Lebih Baik
Peniaga kecil dan sederhana turut menghadapi cabaran yang sama, iaitu bagaimana cara untuk menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih baik tanpa perlu menambah kos atau membeli peralatan baharu.
Kini, peniaga boleh menerima pembayaran tanpa sentuh melalui peranti yang sudah ada, tanpa perlu bergantung pada peralatan tambahan.
Pengalaman Bayar Adalah Sebahagian Daripada Perniagaan Anda
Pegawai Eksekutif Fiuu, Eng Sheng Guan berkata, perniagaan yang berjaya memenangi hati pelanggan bukanlah yang menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran, sebaliknya yang membuatkan setiap pembayaran jadi mudah dan selamat sama ada secara dalam talian atau di kedai.
Fiuu, yang sebelum ini dikenali sebagai Razer Merchant Services (RMS), beroperasi di lapan pasaran Asia termasuk Malaysia, Singapura, dan Filipina, dengan sokongan lebih 110 kaedah pembayaran. Syarikat ini mencatatkan jumlah nilai pembayaran melebihi US$13 bilion pada tahun kewangan 2025.
Dalam persaingan digital hari ini, satu pengalaman bayar yang buruk sudah cukup untuk buat pelanggan tidak lagi kembali.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
