Ryt Bank kini menawarkan platform pelaburan dalam aplikasi bernama Ryt Invest, menjadikannya bank digital pertama di Malaysia yang menyediakan pelaburan patuh Syariah dengan caj jualan 0%.
Platform ini dibangunkan melalui perkongsian dengan Opus Asset Management Sdn Bhd (OpusAM).
Apa Yang Ditawarkan Ryt Invest?
Ryt Invest dibina atas empat kelebihan utama iaitu:
- Bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan dana yang diurus oleh pakar secara terus dalam aplikasi
- Pelaburan bermula serendah RM1
- Caj jualan 0% dengan akses patuh Syariah
- Bonus pelancaran 1% setahun untuk tempoh terhad
Ketua Pegawai Eksekutif Interim Ryt Bank, Wilson Soon berkata, platform ini bertujuan memudahkan akses pelaburan kepada rakyat Malaysia yang selama ini menganggap pelaburan terlalu rumit, mahal atau jauh daripada urusan perbankan harian.
“Dengan Ryt Invest, kami membawa kepakaran pelaburan yang dipercayai institusi besar kepada pengguna melalui aplikasi selamat yang sama mereka gunakan untuk menabung, berbelanja dan membuat pembayaran,” katanya.
Tiga Pilihan Pelaburan Untuk Pelbagai Matlamat
Ryt Invest menawarkan tiga dana yang diurus secara profesional, disesuaikan mengikut profil risiko dan matlamat kewangan yang berbeza.
Berikut tiga dana yang ditawarkan:
- Ryt Invest SavePlus direka untuk pelanggan yang mahukan pendekatan stabil dan berisiko rendah. Dana ini patuh Syariah dengan caj jualan 0%.
- Ryt Invest Income memfokuskan kepada penjanaan pulangan jangka panjang yang konsisten melalui pelaburan pelbagai aset yang diurus secara profesional.
- Ryt Invest Gold pula menyediakan pendedahan bertemakan emas merentas pelbagai aset, sebagai pilihan tambahan untuk mempelbagaikan portfolio ketika keadaan pasaran berubah.
Bonus 1% Setahun Untuk Pelabur Terawal
Bagi menggalakkan penyertaan awal, Ryt Bank menawarkan bonus tambahan sebanyak 1% setahun berdasarkan jumlah nilai pelaburan, tanpa had maksimum.
Berikut adalah cara bagaimana ia berfungsi:
- Bonus dikira setiap hari pada jam 12 tengah malam berdasarkan jumlah aset di bawah pengurusan
- Dikreditkan setiap minggu ke dalam Ryt Pocket pelanggan
- Pelanggan yang melengkapkan pembelian pertama layak menikmati bonus selama 90 hari berturut-turut.
Kempen ini berlangsung dari 28 Mei 2026 hingga 31 Ogos 2026, dengan pendaftaran ditutup pada 31 Ogos 2026.
Ryt Invest ini merupakan sebahagian daripada hala tuju lebih besar Ryt Bank untuk menyatukan simpanan, perbelanjaan, pembayaran, kredit dan pelaburan dalam satu ekosistem perbankan digital yang lebih lengkap.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
