LHDN kini memudahkan proses rayuan cukai pegangan dengan membenarkan pembayar cukai menguruskan semua urusan melibatkan cukai secara dalam talian tanpa perlu lagi untuk mengisi borang maklum balas secara manual seperti sebelum ini.
Rayuan Boleh Dilakukan Terus Melalui Portal MyTax
Sebelum ini, semua rayuan dan pertanyaan berkaitan cukai pegangan (withholding tax) perlu dikemukakan melalui Borang Maklum Balas Pelanggan. Kini, proses itu sudah boleh dilakukan terus melalui portal MyTax menggunakan perkhidmatan e-Rayuan.
Pembayar cukai individu boleh log masuk dan mengemukakan rayuan di bawah peranan individu. Pengarah syarikat pula boleh berbuat demikian di bawah peranan pengarah, atau melantik wakil untuk menguruskannya.
Cara Untuk Akses e-Rayuan di MyTax
Langkahnya mudah sahaja:
- Log masuk di laman sesawang MyTax
- Pilih peranan: Individu / Pengarah / Wakil Pengarah
- Pilih ezHasil Services
- Klik e-Rayuan > e-Rayuan Collection > Withholding Tax (WHT)
Anda juga boleh merujuk panduan pengguna e-Rayuan Collection dalam portal selepas log masuk.
Apa Yang Boleh Diuruskan?
Melalui perkhidmatan ini, anda boleh mengemukakan:
- Permohonan pelarasan pembayaran
- Hapus kenaikan
- Pengecualian cukai
- Permohonan bayaran balik
- Pertanyaan berkaitan cukai pegangan
Selain itu, status permohonan boleh disemak pada bila-bila masa melalui portal yang sama.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk mengurangkan kebergantungan kepada proses manual dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai.
Bagi mereka yang selama ini terpaksa menunggu respons melalui saluran maklum balas biasa, perubahan ini jelas memudahkan urusan.
Sekiranya anda sedang mencari panduan penuh proses e-Filing, rujuk Panduan Cukai Pendapatan 2026 (YA 2025) kami. Anda juga boleh membaca artikel berkaitan cukai pendapatan kami yang lain untuk mendapat maklumat yang lebih.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
