Terkesan Dengan Krisis Global? Public Bank dan Public Islamic Bank Sedia Beri Bantuan

KONGSI

Konflik di Timur Tengah masih belum reda, dan kesannya kini mula dirasai oleh rakyat Malaysia sama ada secara langsung atau tidak. Harga barang naik, kos perniagaan meningkat dan tekanan kewangan semakin dirasai sesetengah golongan.

Cakna dengan perkara itu, Public Bank dan Public Islamic Bank tampil menegaskan komitmen mereka untuk membantu pelanggan yang terkesan.

Bank Akui Cabaran Kewangan Beri Impak Dalam Pelbagai Cara

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Tay Ah Lek berkata, pihak bank mengakui bahawa cabaran kewangan boleh memberi impak kepada individu dan perniagaan dalam pelbagai cara dari semasa ke semasa dengan ketidaktentuan yang berterusan ini.

“Oleh itu, Public Bank dan Public Islamic Bank kekal memberi tumpuan untuk berinteraksi rapat dengan pelanggan bagi memahami keperluan mereka dan memberikan sokongan yang sesuai,” katanya.

Secara ringkasnya, jika anda sedang bergelut dengan bayaran pinjaman atau pembiayaan, institusi perbankan ini membuka ruang untuk anda berbincang dengan pihak mereka.

Bantuan Apa Yang Ditawarkan?

Bantuan ini terbuka kepada individu dan perniagaan yang terjejas akibat perkembangan global semasa, termasuk konflik di Timur Tengah.

Dua pilihan utama yang ditawarkan:

  1. Penjadualan semula (rescheduling) 
  2. Penstrukturan semula (restructuring)

Kedua-dua pilihan ini sesuai untuk mereka yang terjejas dari segi pendapatan atau aliran tunai (cash flow) perniagaan, namun masih mahu menguruskan komitmen kewangan dengan bertanggungjawab.

Kenapa Pentingnya Untuk Mengambil Tindakan Awal? 

Ramai yang tunggu sehingga keadaan benar-benar teruk sebelum menghubungi bank. Cara tersebut sebenarnya boleh menyukarkan proses kelulusan bantuan.

Semakin awal anda berbincang dengan pihak bank, semakin banyak pilihan yang boleh diterokai bersama. Jangan tunggu sehingga akaun anda sudah tertunggak sebelum meminta pertolongan.

Cara Untuk Dapatkan Bantuan

Prosesnya mudah sahaja. Anda boleh:

  • Kunjungi mana-mana cawangan Public Bank atau Public Islamic Bank yang berhampiran, atau
  • Hubungi talian 03-2170 8000 untuk maklumat lanjut

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments