Debaran Piala Dunia FIFA 2026 semakin dirasai dengan perlawanan pertama di antara Mexico dan Afrika Selatan akan berlangsung pada 12 Jun ini. Pasti ramai peminat bola di Malaysia yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kegemaran beraksi.
Terbaharu, Unifi TV telah mengumumkan pakej tontonan FIFA World Cup 2026 dengan pas musim penuh berharga RM50 untuk pelanggan sedia ada. Ini bermakna anda boleh tonton semua 104 perlawanan pada harga bawah RM1 setiap perlawanan.
Unifi TV Tawar Pas Musim Penuh, Pas Harian dan Pakej Perniagaan
Terdapat tiga pilihan pakej berbayar yang ditawarkan oleh Unifi TV:
- Pas musim penuh: RM60 (orang awam) atau RM50 (pelanggan Unifi TV sedia ada)
- Pas harian: RM20, tersedia mulai 12 Jun
- Pakej perniagaan: Tersedia untuk restoran, kafe, hotel dan premis komersial lain
Jika anda belum melanggan Unifi TV, anda masih boleh dapat kadar RM50 dengan melanggan Unifi TV Pack bermula RM12 sebulan.
Apa yang Ada Dalam Pas Musim Penuh?
Bagi pas musim penuh, anda juga akan diberikan akses kepada lebih 70 saluran premium di platform Unifi TV termasuk HBO, Cinemax, AXN, beIN SPORTS, SPOTV dan tvN Movies dari 11 Jun hingga 10 Julai 2026.
Selain siaran langsung dalam resolusi HD, pelanggan juga boleh menonton sorotan perlawanan dan tayangan semula perlawanan penuh. Semua ini boleh diakses melalui televisyen pintar, telefon pintar, tablet atau pelayar web.
Nak Jimat Kos? Jangan Risau Ada Pilihan Percuma
Bagi yang ingin menonton secara percuma pula, anda boleh menonton sebahagian perlawanan secara langsung melalui RTM dan MyTV.
Malah, Menteri Digital Gobind Singh Deo turut mengumumkan bahawa perlawanan kejohonan bola sepak berprestij itu turut boleh ditonton secara percuma melalui aplikasi MyGOV. Pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID boleh mengakses siaran langsung RTM melalui penstriman dalam aplikasi terbabit yang membawa kandungan dari TV1, TV2 dan Okey TV.
Aplikasi MyGOV boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Selain itu, siaran langsung RTM juga boleh ditonton secara percuma melalui RTMKlik menggunakan pelayar web, atau melalui app RTMKlik yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.
Perlu diingatkan bahawa RTM hanya akan menyiarkan sebahagian daripada perlawanan sahaja. Sementara Unifi TV pula akan menyiarkan kesemua 104 perlawanan secara langsung.
Rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengikuti perkembangan Piala Dunia tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Namun, jika anda mahukan liputan penuh 104 perlawanan dalam HD tanpa perlu risau tertinggal mana-mana perlawanan, pakej Unifi TV ini adalah sangat berbaloi untuk anda.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
