HSBC Malaysia Kemas Kini Rangkaian Cawangan Bermula 2 November 2026

KONGSI

HSBC Malaysia sedang mengemas kini rangkaian cawangannya, dengan tumpuan diberikan kepada lokasi utama di kawasan yang menjadi nadi ekonomi negara. Langkah ini selaras dengan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan perbankan antarabangsa dan pengurusan kekayaan di kawasan tersebut.

Susulan itu, sebahagian pelanggan akan ditetapkan ke cawangan utama (home branch) yang baharu dan akan dimaklumkan kelak secara rasmi oleh HSBC. Perubahan ini akan berkuat kuasa bermula 2 November 2026.

Pihak bank menyatakan langkah ini diambil berikutan pertumbuhan berterusan dalam perniagaan International Wealth and Premier Banking. Ia juga membolehkan HSBC memastikan setiap cawangan beroperasi pada tahap yang lebih seragam mengikut piawainnya, sekali gus melengkapi saluran digital sedia ada. 

Senarai penuh cawangan yang terlibat dalam kemas kini ini berserta cawangan utama baharu masing-masing boleh didapati di laman web HSBC.

Apa Yang Kekal Sama

Jika akaun anda terlibat dalam kemas kini ini, urusan perbankan anda diteruskan seperti biasa. HSBC mengesahkan bahawa:

  • Akaun, pegangan, kad dan kemudahan perbankan anda kekal tanpa sebarang perubahan
  • Kad ATM dan kad debit, kad kredit, serta perbankan dalam talian (termasuk produk perbankan Islamik seperi ATM-i, Debit Card-i dan Credit Card-i) terus berfungsi seperti biasa
  • Pelanggan Premier mengekalkan Pengurus Perhubungan Premier (Premier Relationship Manager) sedia ada sebagai titik perhubungan khusus mereka

Anda boleh terus berurusan di mana-mana cawangan HSBC Malaysia, mengeluarkan wang tunai di ATM HSBC dan rangkaian ATM MEPS, serta menggunakan HSBC Malaysia Online Banking dan aplikasi perbankan mudah alih yang kekal tersedia.

Cara Menyemak Sama Ada Anda Mempunyai Cawangan Utama Baharu

Anda akan menerima makluman rasmi daripada HSBC jika akaun anda terlibat dalam kemas kini ini, jadi tiada sebarang tindakan diperlukan daripada pihak anda. Sebagai alternatif, anda boleh merujuk senarai cawangan dan penetapan cawangan utama baharu atau boleh menghubungi talian khidmat pelanggan HSBC Malaysia di 1300 88 1388 (tempatan) atau +603 8321 5400 (antarabangsa).

Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk memastikan perkhidmatan perbankan anda terus boleh terus digunakan. Nombor akaun, kad, arahan tetap (standing instructions) dan akses perbankan dalam talian anda semua diteruskan seperti biasa. Jika anda sering mengunjungi cawangan untuk perkhidmatan di kaunter, anda perlu tahu cawangan utama baharu anda sebelum 2 November 2026 agar urusan perbankan anda berjalan lancar.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.    

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen