Sempena musim perayaan ini, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) membawakan berita gembira buat ibu bapa dan si cilik melalui kempen “Raya Ceria, Raya Bijak!”.
Jika anda sedang merancang untuk memulakan tabungan atau menambah pelaburan untuk masa depan anak-anak, inilah masa yang paling tepat untuk bertindak sambil memenangi hadiah menarik.
Kempen ini bermula dari 24 Mac 2026 hingga 30 April 2026. Jadi, jangan lepaskan peluang berharga ini!
Siapa Yang Layak Sertai Kempen ASNB Ini?
Kempen ini khusus untuk pelabur yang berumur 18 tahun ke bawah, sama ada pemegang unit sedia ada atau yang baru membuka akaun. Akaun yang terlibat ialah:
- Amanah Saham Bumiputera (ASB)
- Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)
- Amanah Saham Bumiputera 3 (ASB 3)
Untuk menyertai, peserta perlu melabur minimum RM100 secara kumulatif sepanjang tempoh kempen.
Pelaburan boleh dibuat melalui pelbagai saluran seperti:
- Kaunter ASNB
- Aplikasi myASNB
- Maybank2u
- CIMB Clicks
- RHB Now
- HLB Connect
- Bank Islam GO
- AmOnline
- Touch ‘n Go eWallet
- ATM Maybank dan CIMB
Nota penting: peserta tidak dibenarkan menjual balik, menukar, atau memindahkan unit sepanjang tempoh kempen berlangsung (kecuali untuk Wakaf ASNB).
Hadiah Mengikut Tahap Pelaburan
Kempen ini menawarkan hadiah kepada 3,700 pemenang berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”:
| Jumlah Pelaburan | Bilangan Pemenang | Hadiah |
| RM100 – RM299 | 300 orang | Unit amanah percuma RM5 |
| RM300 – RM499 | 500 orang | Unit amanah percuma RM10 |
| RM500 – RM999 | 600 orang | Unit amanah percuma RM15 |
| RM1,000 – RM1,999 | 800 orang | Unit amanah percuma RM25 |
| RM2,000 – RM2,999 | 500 orang | Plushie dan tabung Along Bijak |
| Lebih RM3,000 | 1,000 orang | Unit amanah percuma RM50 |
Setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja sepanjang kempen.
Bila dan Bagaimana Hadiah Boleh Ditebus?
Hadiah dalam bentuk unit amanah akan dikreditkan terus ke akaun pemenang dalam tempoh 60 hari bekerja selepas kempen tamat.
Bagi pemenang Tahap 5 (plushie dan tabung Along Bijak), hadiah perlu ditebus secara fizikal di cawangan ASNB yang berhampiran setelah diberitahu oleh pihak ASNB.
Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau saluran komunikasi lain yang ditetapkan oleh ASNB. Jika tiada maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, ASNB berhak untuk membatalkan kemenangan tersebut.
Perkara Penting Perlu Anda Tahu
Hadiah unit amanah tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Sebarang caj berkaitan untuk menebus hadiah perlu ditanggung oleh pemenang sendiri.
Kempen ini tidak terbuka kepada kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta entiti-entiti berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.myASNB.com.my atau hubungi cawangan ASNB yang berhampiran.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
