Cara Untuk Menuntut Hadiah Percuma Dari RinggitPlus

KONGSI

Langkah-Langkah Untuk Menuntut Hadiah Percuma Anda

Tahniah! Anda layak menerima hadiah percuma dari RinggitPlus. Terima kasih kerana memohon kad kredit melalui RinggitPlus. Anda kini layak untuk menerima hadiah percuma daripada kami! Untuk menebus hadiah anda, kami perlukan sedikit maklumat untuk mengesahkan bahawa kad anda telah diluluskan dan diaktifkan.

Langkah 1: Ambil Gambar Kad Kredit Anda

Apabila kad kredit anda sampai, ambil gambar bahagian hadapan kad yang memaparkan nama anda, tarikh luput, dan empat digit terakhir nombor kad.

Untuk menjaga privasi, sila tutup bahagian nombor penuh kad, dan hanya biarkan empat digit terakhir kelihatan. Anda boleh gunakan aplikasi penyunting gambar asas di telefon anda. Kami tidak memerlukan gambar bahagian belakang kad, hadapan kad sahaja sudah memadai.

Langkah 2: Hantar Bukti Pengaktifan Kad

Selepas kad anda diaktifkan, pihak bank akan menghantar SMS atau emel pengesahan. Ambil tangkapan layar mesej ini sebagai bukti bahawa kad anda telah diaktifkan.

Langkah 3: Bukti Sejarah Transaksi

Untuk sesetengah kad, anda perlu membuat beberapa transaksi menggunakan kad baharu sebelum melayakkan diri untuk mendapat hadiah. Sila semak terma dan syarat di laman sesawang kad kredit tersebut. Jika ada keperluan tersebut, sertakan tangkapan layar atau screenshot sejarah transaksi dalam talian atau salinan penyata kad kredit anda.

Langkah 4: Emelkan Dokumen Anda

Emel kesemua dokumen yang diperlukan ke [email protected] dengan tajuk:
“Gift Help – <Nama Penuh Anda>”

Dalam masa terdekat, anda juga akan boleh menghantar dokumen melalui WhatsApp sebagai alternatif.

Sebaik sahaja kami terima dokumen lengkap, kami akan hantarkan kod verifikasi bersama arahan lanjut untuk menuntut hadiah anda. Hadiah akan dihantar terus ke depan pintu anda!

Ada soalan? Hubungi kami di +60-3-7890 0808.Nak tengok ganjaran lain yang anda boleh nikmati? Lawati halaman Hadiah Pendaftaran Kad Kredit Terbaik kami untuk promosi terkini.

5 1 vote
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments