Anda Sudah Mohon Kad Kredit? Ini Status Hadiah Anda Sekarang

KONGSI

Soalan-Soalan Lazim Tentang Status Permohonan dan Hadiah

Sama ada anda memohon kad kredit menerusi kempen kami iaitu Unbox This Week atau menghantar permohonan pinjaman peribadi melalui WhatsApp kami, anda mungkin ada beberapa soalan yang memerlukan jawapan.

Berikut kami telah senaraikan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan kami. Tetapi jika anda masih mempunyai persoalan yang ingin dijawab, boleh e-mel kami di [email protected].

Bilakah permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi saya akan diluluskan?

Sebaik sahaja anda memohon kad kredit atau pinjaman peribadi, anda akan menerima e-mel Aluan yang mengandungi arahan lanjut untuk melengkapkan permohonan anda dengan bank yang anda mohon.*

Rakan kongsi Bank kami kemudiannya akan menghantar senarai permohonan kepada kami melibatkan permohonan yang diluluskan dan berjaya memenuhi semua keperluan untuk penebusan hadiah.**

Proses ini boleh mengambil masa sehingga 60 hari dari tarikh anda menghantar permohonan.

*Proses untuk setiap produk mungkin berbeza bergantung pada Bank.

**Rujuk Terma dan Syarat kempen untuk maklumat tentang kelayakan hadiah.

Saya telah memohon kad kredit/pinjaman peribadi di RinggitPlus. Macam mana cara untuk semak status permohonan saya?

Bank menyemak status permohonan untuk setiap kad kredit/pinjaman peribadi. RinggitPlus tidak terlibat dalam proses ini. Anda boleh menghubungi Bank tersebut untuk menyemak status permohonan anda.

Jika anda sudah menerima kad kredit/pinjaman peribadi dari bank dan mempunyai sebarang persoalan mengenai penebusan ganjaran, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected].

Saya ada mohon kad kredit dua bulan lepas dan saya sudah terima kad kredit tetapi masih menunggu ganjaran saya. Apa patut saya buat?

Kebiasaannya ia mengambil masa sekitar 60 hari dari tarikh ia diluluskan oleh bank atau Borang Penebusan Ganjaran RinggitPlus dilengkapkan (dihantar kepada anda melalui alamat e-mel berdaftar) sebelum anda menerima e-mel dengan butiran untuk Penebusan Ganjaran.

Adakah anda sudah lengkapkan Borang Penebusan Ganjaran RinggitPlus atau berdepan dengan sebarang kesukaran untuk mengisi borang tersebut? Jika ada, boleh e-mel kami di [email protected] supaya kami boleh membantu proses penebusan ganjaran.

Macam mana proses penebusan hadiah berfungsi?

3 Langkah dalam Proses Penebusan Hadiah kami akan bermula selepas pihak Bank meluluskan permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi anda. Proses ini mungkin mengambil masa sehingga 30 hari untuk dilengkapkan.

Langkah 1 – Semak e-mel anda untuk kod penebusan hadiah

Kami akan menghantar e-mel kepada anda dengan kod penebusan hadiah khusus yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran anda. 

Jika permohonan anda telah mendapat kelulusan dan masih belum menerima kod penebusan hadiah, boleh e-mel kami di [email protected].

Langkah 2 – Tebus hadiah anda!

Lengkapkan penebusan hadiah anda dengan mengisi borang menggunakan kod penebusan yang diberikan. 

Selepas kami menerima borang yang lengkap dari anda, pasukan kami akan meneruskan proses penebusan dan mengatur penghantaran kepada anda.

Langkah 3 – Dapatkan hadiah anda dihantar terus ke depan rumah

Hadiah fizikal akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 28 hari bekerja. Kami juga akan menyediakan e-mel dengan maklumat mengenai penghantaran dan informasi untuk anda menjejakinya.

Jika anda tidak menerima hadiah fizikal selepas tempoh 28 hari bekerja, boleh e-mel kami di [email protected].

*Untuk e-Baucar dan DuitNow, anda mungkin menerima kod baucar/ wang tunai dimasukkan ke dalam akaun e-mel DuitNow dalam tempoh 60 hari selepas pihak Bank terlibat telah mengesahkan bahawa ada telah memenuhi kriteria kempen.

Berapa purata tempoh menunggu sebelum saya menerima ganjaran saya?

Anda akan menerima e-mel dengan butiran Penebusan Ganjaran dalam tempoh 2 bulan dari tarikh anda memenuhi kriteria kelayakan.

Jika anda tidak menerima e-mel Penebusan Ganjaran dalam tempoh tersebut, anda boleh menghubungi kami di [email protected] dan kami akan membantu anda.

Apa yang saya boleh buat untuk mempercepatkan proses penebusan hadiah?

Anda boleh e-mel kami di [email protected] dengan maklumat-maklumat berikut:

  1. Nama
  2. Tarikh kad diluluskan
  3. Tarikh kad diaktifkan
  4. Tarikh syarat perbelanjaan dipenuhi

Bagaimana RinggitPlus membantu saya dalam proses penebusan hadiah?

Kami bekerjasama dengan semua rakan bank kami untuk memastikan proses ini berjalan sebaik mungkin. Kami faham anda mungkin masih mempunyai beberapa pertanyaan. Jangan risau, kami akan cuba menjawab pertanyaan anda dalam tempoh 2 hari bekerja.

Apa itu ID unik? Kenapa ia penting?

ID unik merupakan bahagian penting dalam Proses Penebusan Ganjaran. Ia mengenal pasti pemohon serta produk spesifik yang dipohon. RinggitPlus akan menggunakan nombor rujukan ini untuk mengesahkan kelayakan pemohon bagi mendapatkan Ganjaran. Nombor rujukan permohonan yang tidak tepat atau tidak lengkap boleh menyebabkan tempoh pemprosesan penebusan Ganjaran anda menjadi lebih lama. ID unik ini boleh didapati melalui e-mel penebusan hadiah yang kami sediakan.

Anda juga boleh menghubungi di [email protected] untuk mendapatkan ID unik tersebut.

Di mana saya boleh dapatkan semula nombor rujukan permohonan saya?

Terdapat dua cara untuk mendapatkan nombor rujukan permohonan anda:

  1. ID unik diberikan kepada anda apabila anda menerima e-mel penebusan ganjaran. E-mel yang sama turut mengandungi panduan tentang langkah-langkah untuk menebus ganjaran anda!
  2. Hubungi RinggitPlus di [email protected] untuk mendapatkan ID unik tersebut.

Saya tidak ingat saya sudah melengkapkan Borang Penebusan Ganjaran saya atau tidak. Apa patut saya buat?

Cari semula e-mel Penebusan Ganjaran anda (ia mungkin berada dalam peti masuk spam anda), klik pada pautan dalam e-mel tersebut dan anda akan dibawa ke borang Penebusan Ganjaran. Jika anda telah melengkapkan borang tersebut, anda akan melihat mesej yang menyatakan “Anda telah menghantar borang Penebusan Ganjaran.”

Jika anda ingin mendapatkan pengesahan mengenai penyerahan borang Penebusan Ganjaran anda, sila hubungi kami di [email protected].

Macam mana cara untuk saya semak jika saya sudah melengkapkan Borang Penebusan Ganjaran?

Selepas melengkapkan Borang Penebusan Ganjaran RinggitPlus, anda akan menerima e-mel pengesahan dalam tempoh 3 hari bekerja. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk menyemak sama ada Borang Penebusan Ganjaran anda telah dihantar dengan berjaya.

Saya sudah melengkapkan Borang Penebusan Ganjaran saya. Bila saya akan dapat ganjaran saya?

Anggaran masa penghantaran ganjaran anda adalah sekitar 21 hari bekerja. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada ketersediaan hadiah tersebut. Tetapi jika sudah melebihi 28 hari bekerja sejak anda menghantar borang Penebusan Ganjaran dan anda masih belum menerima hadiah anda, sila hubungi kami di [email protected] dan kami akan dengan senang hati membantu anda.

Macam mana saya mahu menukar alamat penghantaran jika saya sudah melengkapkan Borang Penebusan Ganjaran?

Sekiranya barang tersebut belum dihantar, sila hubungi kami di [email protected] supaya kami dapat membantu anda secepat mungkin.

Bagaimana cara untuk kami berhubung dengan RinggitPlus?

Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected] dan sediakan kami dengan beberapa maklumat berikut:

  • Nama
  • E-mel
  • Nombor telefon

Jangan lupa untuk jelaskan kepada kami tentang persoalan anda!

Boleh ke saya mohon lebih daripada satu kad dari bank berbeza?

Ya, boleh. Tetapi anda perlu ambil perhatian bahawa Ganjaran yang ditawarkan mungkin berbeza berdasarkan kriteria pihak bank dan promosi yang sedang berlangsung.

Sila ambil maklum juga bahawa untuk melayakkan anda menerima hadiah tersebut, anda mestilah menjadi pemohon baharu bagi bank berkenaan.

Sila baca Terma dan Syarat sebelum membuat permohonan kerana promosi tertakluk kepada perubahan.

Apa yang dianggap sebagai perbelanjaan runcit?

Perbelanjaan runcit merangkumi transaksi runcit tempatan dan luar negara (termasuk transaksi dalam talian), serta arahan tetap/pembayaran automatik.

Apa yang dimaksudkan dengan pulangan tunai?

Pulangan tunai akan diberikan secara langsung oleh pihak bank yang berkenaan dalam bentuk kredit ke akaun kad pelanggan yang layak. Pulangan tunai tersebut boleh digunakan untuk mengurangkan bayaran bagi pembelian pada masa akan datang.

Sila ambil maklum bahawa tempoh pemberian pulangan tunai adalah berbeza mengikut bank dan pihak bank mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kelayakan serta pemberian pulangan tunai tersebut.

Apa itu ganjaran tunai RinggitPlus?

Ganjaran tunai RinggitPlus diberikan oleh RinggitPlus dan akan diberikan kepada pemohon yang layak dalam bentuk wang tunai. Pemindahan wang tunai tersebut akan dilakukan melalui DuitNow dalam tempoh 28 hari bekerja selepas senarai permohonan yang diluluskan diterima dari pihak bank.

Apa itu DuitNow?

DuitNow adalah perkhidmatan yang digunakan oleh RinggitPlus untuk memindahkan dana kepada anda sekiranya anda layak menerima ganjaran tunai. Layari laman web DuitNow untuk maklumat lebih lanjut.

Adakah hadiah saya akan didatangkan dengan jaminan?

Ya, ia akan didatangkan beserta jaminan! Kecuali dinyatakan secara khusus dalam Terma dan Syarat kami atau produk tersebut bahawa ia tidak disertakan dengan jaminan. Semua hadiah kami disertakan dengan jaminan daripada pembekal.

Boleh ke saya mahu menukar hadiah?

Malangnya, kami tidak dapat menukar hadiah tersebut. Hadiah yang diberikan sudah ditetapkan mengikut tempoh kempen yang diklankan semasa permohonan anda dibuat.

Boleh ke saya mahu menukar warna atau model ganjaran saya?

Warna hadiah anda telah dipilih secara rawak kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat, jadi kami tidak dapat menukar warna untuk anda. Model Ganjaran juga telah ditetapkan mengikut Terma dan Syarat kami.

Adakah promosi atau ganjaran tertentu dari Bank X ini masih tersedia?

Kempen Unbox This Week kami dikemas kini setiap minggu dengan tawaran kilat terkini. Untuk melihat tawaran semasa untuk direbut, boleh rujuk di laman web kami di RinggitPlus.

Kenapa saya tidak dipilih sebagai pemenang untuk tawaran kilat Unbox This Week?

Terdapat banyak kemungkinan mengapa anda tidak dipilih sebagai pemenang seperti tidak memenuhi syarat perbelanjaan minimum atau sudah melebihi tempoh kempen. Walau bagaimanapun, anda masih layak untuk menerima hadiah kedua dari kami jika anda memenuhi kriteria kelayakan.

Pemenang dipilih berdasarkan mekanik tawaran kilat dan kami akan mengumumkan senarai penuh pemenang di laman web kami di RinggitPlus. 

Jika anda masih berminat dengan hadiah kami, kekal peka dengan promosi kami pada masa akan datang di RinggitPlus!

Adakah RinggitPlus mengumpul mana-mana data saya semasa proses permohonan?

RinggitPlus mengumpul nama anda, alamat e-mel, produk yang anda mohon, nombor rujukan permohonan dan tarikh permohonan anda. Kami akan menggunakan data ini untuk dipadankan dengan senarai permohonan yang berjaya diluluskan oleh bank yang layak untuk Ganjaran. 

Kecuali untuk permohonan Citibank, di mana kami telah membangunkan platform permohonan yang selamat dan bersepadu, RinggitPlus tidak mengumpul sebarang maklumat lain dari pelanggan yang diberikan semasa permohonan dalam talian. Maklumat tersebut disimpan dengan selamat oleh bank yang anda mohon untuk produk tersebut.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments