Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik
Pembiayaan patuh Syariah yang berdasarkan prinsip kewangan Islam dan struktur yang telus.
MBSB Private Sector-i
Pembayaran bulananRM 480.17Kadar keuntungan dari7.62% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,500Pembiayaan Maksimum: RM 200,000
Pembiayaan Peribadi-i CashVantage Alliance Bank
Pembayaran bulananRM 458.25Kadar keuntungan dari4.99% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pembiayaan Maksimum: RM 200,000
Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi
Pembayaran bulananRM 460.58Kadar keuntungan dari5.27% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 5,000Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic
Pembayaran bulananRM 470.83Kadar keuntungan dari6.50% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,500Pembiayaan Maksimum: RM 100,000
Pembiayaan Peribadi-i Hong Leong Islamic
Pembayaran bulananRM 491.67Kadar keuntungan dari9.00% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 2,000Pembiayaan Maksimum: RM 150,000
Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash
Pembayaran bulananRM 482.67Kadar keuntungan dari7.92% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 100,000
Pembiayaan Peribadi JCL i-Fund
Pembayaran bulananRM 566.67Kadar keuntungan dari18.00% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,000Pembiayaan Maksimum: RM 50,000
MBSB Mumtaz-i
Pembayaran bulananRM 441.08Kadar keuntungan dari2.93% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
MBSB Afdhal-i
Pembayaran bulananRM 441.75Kadar keuntungan dari3.01% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pembiayaan Maksimum: RM 400,000
Direct Lending
Pembayaran bulananRM 441.25Kadar keuntungan dari2.95% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas



Pembiayaan Peribadi Islamik Terbaik di Malaysia
Pembiayaan peribadi Islamik semakin menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mencari penyelesaian kewangan patuh Syariah. Berbeza dengan pembiayaan konvensional, pembiayaan Islamik menggunakan kontrak berasaskan prinsip muamalat Islam seperti Tawarruq, Murabahah dan Ijarah, yang menjamin urus niaga bebas daripada unsur riba dan penindasan.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan terbaik dalam membuat pembiayaan, berikut adalah senarai lima pembiayaan peribadi terbaik islamik di Malaysia.

Pembiayaan Peribadi-i CashVantage Alliance Bank

Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi

Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah

Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash

MBSB Afdhal-i
Apakah Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia?
Pembiayaan peribadi Islamik ialah pilihan terbaik untuk anda yang mahu penyelesaian kewangan tanpa riba, patuh Syariah dan bebas dari unsur yang meragukan.
Kelebihan pembiayaan ini termasuklah kadar keuntungan tetap, proses yang telus, dan tempoh bayaran balik yang fleksibel. Ia ditawarkan oleh bank Islam, koperasi dan institusi kewangan patuh Syariah yang sesuai untuk semua golongan pekerja sama ada penjawat awam, kakitangan GLC mahupun swasta.
Tambahan pula, setiap produk pembiayaan Islamik di Malaysia dikawal selia oleh Majlis Penasihat Syariah (Shariah Advisory Council - SAC) di bawah Bank Negara Malaysia. Ini memastikan semua pembiayaan mematuhi prinsip Syariah yang menghindari:
• Haram – Urus niaga yang melibatkan perkara seperti judi, arak, rokok, pornografi dan lain-lain.
• Riba – Faedah atau keuntungan berlebihan atas pembiayaan.
• Gharar – Ketidaktentuan dalam kontrak atau nilai yang meragukan.
• Zulm – Amalan yang menindas atau tidak adil kepada peminjam.
Dengan jaminan patuh Syariah ini, anda bukan sahaja boleh menarik nafas lega dari segi situasi kewangan, malah yakin dengan pembiayaan yang diambil mengikut ajaran Islam. Selain itu, pembiayaan Islamik kini turut menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif, tempoh bayaran balik yang fleksibel, dan proses kelulusan yang pantas.
Apakah Ciri Dan Kelebihan Pembiayaan Peribadi Islamik?
Pembiayaan peribadi Islamik mempunyai perbezaan yang menonjol daripada pembiayaan konvensional kerana ia berasaskan prinsip Syariah dan bebas daripada unsur riba, gharar, serta aktiviti tidak halal. Ia diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, menjadikannya pilihan yang lebih diyakini dari segi hukum dan etika.

Pembiayaan Islamik mengikut prinsip-prinsip Islam dan bebas daripada unsur riba, gharar, dan aktiviti haram. Semua produk akan disemak dan diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia.

Kebanyakan pembiayaan Islamik menawarkan kadar keuntungan tetap sepanjang tempoh pembiayaan. Ini bermakna anda tahu berapa jumlah yang perlu dibayar setiap bulan kerana tiada caj tersembunyi pada masa hadapan.

Jika anda bercadang untuk menyelesaikan pembayaran lebih awal daripada jadual, kebanyakan pembiayaan Islamik tidak mengenakan caj penalti
Bagaimana Pembiayaan Peribadi Islamik di Malaysia Berfungsi?
Pembiayaan Islamik menyediakan pinjaman tanpa riba dan patuh Syariah. Ketahui lebih lanjut di bawah.
Pembiayaan Peribadi Yang Mana Sesuai Dengan Saya?
Pembiayaan peribadi Islamik boleh disesuaikan mengikut keperluan kewangan anda. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa pilihan pembiayaan Islamik yang sesuai.
Membaiki Kereta Rosak
Encik Irfan bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta dan baru-baru ini keretanya mengalami kerosakan besar yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Beliau memutuskan untuk mengambil Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage dengan kadar keuntungan 4.99% setahun bagi menampung kos pembaikan yang mencecah RM 15,000. Pembiayaan ini bukan sahaja menawarkan jumlah pembiayaan yang mencukupi, malah tempoh bayaran balik juga fleksibel. Dengan memilih pembiayaan Islamik, Encik Irfan dapat memastikan bahawa urus niaga ini patuh kepada prinsip Syariah.

Kadar Keuntungan dari
4.99% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 200,000
Perbelanjaan Pendidikan Anak
Puan Shina, seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan, ingin menyambung pengajian anaknya di luar negara. Beliau memerlukan dana tambahan sebanyak RM 50,000 untuk menampung kos pengajian dan yuran universiti. Puan Shina memilih Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi dengan kadar keuntungan 3.85% setahun dan tempoh bayaran balik yang panjang, memberikan lebih fleksibiliti dalam pengurusan kewangannya. Pembiayaan ini membantu beliau memastikan anaknya dapat melanjutkan pelajaran tanpa perlu memikirkan beban kewangan yang berlebihan.

Kadar Keuntungan dari
5.27% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Bersedia untuk Perubahan Kerjaya
Encik Syahmi, seorang pengurus jualan, memutuskan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan perniagaan sendiri dalam bidang yang berbeza. Bagi menampung kos permulaan dan operasi perniagaan, beliau mengambil Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah sebanyak RM 40,000 dengan kadar keuntungan 4.88% setahun. Pembiayaan ini sesuai kerana ia memberi beliau kelegaan kewangan sementara perniagaan baharunya berkembang, sambil memastikan urus niaga dijalankan secara halal mengikut Syariah.

Kadar Keuntungan dari
4.88% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Berapa Lama Perlu Saya Bayar Ansuran Bulanan?
Untuk memudahkan anda membuat pilihan pembiayaan peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda, berikut adalah contoh ringkas yang boleh dijadikan rujukan:
Katakan anda bercadang untuk mengambil pembiayaan peribadi sebanyak RM 60,000 daripada Bank A bagi tempoh 3 tahun. Bank A menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 5.99% setahun, dan permohonan boleh diluluskan serta-merta secara dalam talian.
Berikut ialah contoh pengiraannya:
Contoh Pengiraan Bayaran Ansuran
Anda membuat pembiayaan berjumlah RM 60,000 daripada Bank A.
Jenis Bayaran | Jumlah |
Kadar Keuntungan | RM 60,000 x 5.99% x 3 tahun = RM 10,782 |
Jumlah Keseluruhan Pembiayaan | RM 60,000 + RM 10,782 = RM 70,782 |
Bayaran Ansuran | RM 70,782 ÷ 36 bulan (3 tahun) = RM 1,966.17 sebulan |
Soalan Lazim Tentang Pembiayaan Peribadi Islamik
• Portal eCCRIS (https://eccris.bnm.gov.my) – pendaftaran kali pertama diperlukan
• Cawangan AKPK berhampiran
• Agensi pelaporan kredit swasta seperti Experian dan CTOS
Pinjaman Peribadi Mana Yang Patut Saya Mohon?
Terdapat pelbagai jenis pembiayaan peribadi ditawarkan dari pembiayaan untuk individu berpendapatan rendah hinggalah pembiayaan patuh Shariah. Tetapi, pembiayaan yang mana satu yang paling sesuai untuk anda?
Kalau anda masih keliru dan tak pasti pembiayaan mana yang paling sesuai mengikut situasi dan keperluan kewangan anda, jangan risau! Kami di RinggitPlus sedia membantu. Kami akan senaraikan beberapa pilihan pembiayaan peribadi yang boleh memudahkan anda membuat keputusan dengan lebih yakin.
Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah
Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.
Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah
Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pembiayaan yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.
Maklum Balas Pengguna
Sertai lebih 10,000 rakyat Malaysia dan mula membuat keputusan kewangan yang lebih bijak!