Pinjaman Peribadi Faedah Rendah Terbaik
Pinjaman mampu milik dengan kadar faedah dan pembayaran bulanan yang rendah.
MBSB Private Sector-i
Pembayaran bulananRM 480.17Kadar keuntungan dari7.62% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,500Pembiayaan Maksimum: RM 200,000
Pinjaman Peribadi Alliance CashFirst
Pembayaran bulananRM 458.25Kadar faedah dari4.99% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pinjaman Maksimum: RM 200,000
Pembiayaan Peribadi-i CashVantage Alliance Bank
Pembayaran bulananRM 458.25Kadar keuntungan dari4.99% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,000Pembiayaan Maksimum: RM 200,000
Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi
Pembayaran bulananRM 460.58Kadar keuntungan dari5.27% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 5,000Pembiayaan Maksimum: RM 250,000
Pinjaman Peribadi Maybank
Pembayaran bulananRM 470.83Kadar faedah dari6.50% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,500Pinjaman Maksimum: RM 100,000
Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic
Pembayaran bulananRM 470.83Kadar keuntungan dari6.50% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 3,500Pembiayaan Maksimum: RM 100,000
Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus
Pembayaran bulananRM 453.17Kadar faedah dari4.38% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 2,000Pinjaman Maksimum: RM 100,000
GX FlexiCredit
Pembayaran bulananRM 448.17Kadar faedah dari3.78% p.a.Tempoh Pinjaman2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pinjaman Maksimum: RM 150,000
Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash
Pembayaran bulananRM 482.67Kadar keuntungan dari7.92% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 1,500Pembiayaan Maksimum: RM 100,000
Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam (Kadar Terapung)
Pembayaran bulananRM 476.25Kadar keuntungan dari7.15% p.a.Tempoh Pembiayaan2 tahunPendapatan Minimum: RM 2,000Pembiayaan Maksimum: RM 400,000
Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!
Cari pilihan pinjaman lain yang sesuai dengan anda
Semak kelayakan anda dan kadar faedah sebelum memohon
Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas



Pinjaman Peribadi Dengan Faedah Rendah Terbaik Di Malaysia 2025
Kebanyakan individu yang mencari pinjaman peribadi pastinya mahu memilih kadar faedah yang rendah kerana ianya tidak membebankan kewangan. Percayalah – apa-apa yang hampir dengan sifar faedah pasti akan menarik minat ramai peminjam.
Pinjaman peribadi dengan faedah rendah pastinya dapat memberi ruang untuk anda membuat perancangan bajet dengan lebih teratur pada setiap bulan.
Buat anda yang mahu menyatukan semua hutang dengan pinjaman faedah rendah, membiayai kos pengebumian, menanggung bil perubatan atau membayar yuran persekolahan, pinjaman peribadi dengan faedah rendah adalah salah satu pilihan terbaik.
Bagi memudahkan anda, kami telah menyenaraikan 5 pilihan pinjaman peribadi faedah rendah yang terbaik di Malaysia:

MBSB Private Sector-i

Pinjaman Peribadi Alliance CashFirst

Pembiayaan Peribadi-i CashVantage Alliance Bank

Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi

Pembiayaan Peribadi AEON i-Cash
Kenapa Bank Kenakan Kadar Faedah Terhadap Pembiayaan Peribadi?
Boleh dikatakan hampir semua jenis pinjaman – pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman perniagaan mahupun pinjaman peribadi mempunyai kadar faedah atau kadar keuntungan jika ia adalah pinjaman Islamik.
Juga dikenali sebagai Kadar Peratusan Tahunan atau APR, faedah ini dikira berdasarkan kadar tetap atau kadar terapung.
Sesetengah individu memilih untuk dikenakan kadar tetap bagi membantu mereka menganggarkan perbelanjaan bulanan tetapi kadar terapung pula lebih menguntungkan bagi mereka yang memperoleh pendapatan berubah-ubah.
Pernah tak anda terfikir, kenapa bank kenakan kadar faedah? Ia sebenarnya berfungsi sebagai yuran kepada peminjam kerana menggunakan dana daripada bank tersebut.
Memberi pinjaman wang mempunyai risikonya tersendiri kerana tiada jaminan bank atau institusi kewangan yang terlibat akan mendapat semula wang dengan jumlah penuh serta tepat pada waktunya. Kadar faedah pinjaman peribadi yang tinggi atau rendah – ia bergantung kepada sejarah kewangan peminjam itu sendiri.
Macam Mana Cara Nak Mohon Pinjaman Peribadi Dengan Faedah Rendah Di Malaysia?
Pinjaman peribadi dengan faedah rendah boleh dimohon dengan berkunjung ke mana-mana cawangan bank bergantung kepada pilihan pinjaman peribadi yang ingin diambil.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh membuat permohonan secara dalam talian sahaja - tak perlu keluar rumah dan lebih menjimatkan masa!
Nak tahu cara yang lebih mudah? Mohon sahaja melalui RinggitPlus. Dalam tempoh kurang dari 10 minit, anda boleh menyelesaikan kesemua proses di mana sahaja anda berada - Semuanya di hujung jari!

Mulakan proses permohonan dengan menyemak senarai lengkap pinjaman peribadi di RinggitPlus

Semak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon pinjaman peribadi

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon pinjaman peribadi pilihan anda - tersedia 24/7
Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Pinjaman Peribadi Dengan Faedah Rendah?
Memilih pinjaman peribadi dengan faedah rendah memerlukan anda untuk membuat banyak perbandingan melibatkan bank dan institusi kewangan yang berbeza. Dalam proses pencarian ini, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan memberikan beberapa tips dalam memilih pinjaman peribadi dengan faedah rendah.
Berikut adalah beberapa tips yang perlu diambil perhatian:
Apakah jenis pinjaman peribadi yang boleh didapatkan di Malaysia?
Selepas membuat pembacaan di atas, pastinya anda sudah tahu tentang beberapa maklumat asas mengenai pinjaman peribadi.
Melalui perbandingan yang dilakukan, anda mungkin sudah boleh membuat pilihan bagi pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang ingin dimohon.
Pinjaman Bercagar dan Pinjaman Tidak Bercagar
Pinjaman Bercagar vs Pinjaman Tidak Bercagar
Pinjaman Bercagar memerlukan cagaran atau keselamatan seperti deposit tetap, unit amanah dan penjamin manakala Pinjaman Tidak Bercagar tidak memerlukan sebarang cagaran atau deposit dan penjamin, tetapi jika pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan, penjamin diperlukan.
Konvensional dan Islamik
Pinjaman Konvensional vs Pinjaman Islamik
Pemberi Pinjaman Konvensional mendapat keuntungan dengan meminjamkan wang kepada peminjam manakala bank yang memberi Pinjaman Islamik pula mematuhi kontrak pembiayaan Shariah dengan mengelakkan sebarang keuntungan melibatkan riba’.
Pinjaman Konvensional mengenakan kadar faedah dan boleh digunakan untuk apa jua perkara selagi tidak bercanggah dengan undang-undang manakala Pinjaman Islamik pula mengenakan kadar keuntungan terhadap jumlah pembiayaan dan hanya boleh digunakan untuk tujuan yang dibenarkan dan halal di sisi undang-undang Shariah sahaja.
Perlindungan Takaful dan Tanpa Perlindungan Takaful
Perlindungan Takaful vs Tanpa Perlindungan Takaful
Bagi pinjaman dengan perlindungan Takaful, anda akan mendapat perlindungan liabiliti yang boleh menyelesaikan kesemua baki hutang jika berlaku kematian atau hilang upaya secara kekal kepada peminjam, namun kos ini akan menambahkan jumlah pinjaman wang.
Bagi pinjaman tanpa perlindungan Takaful, peminjam perlu bertanggungjawab untuk baki pinjaman yang tidak dibayar lagi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada peminjam, namun peminjam menerima 100% daripada jumlah pinjaman.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Sesuai Dengan Keperluan Saya?
Pastinya pelbagai situasi berbeza yang berlaku di dalam kehidupan seharian menjadi salah satu faktor kepada pemilihan pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah. Berikut kami senaraikan beberapa pinjaman peribadi yang bersesuaian mengikut keadaan perbelanjaan berbeza.
Penyatuan Hutang Kad Kredit
Ezra mempunyai 2 hutang kad kredit dari bank yang berbeza selepas menggunakannya untuk menampung kos percutian ke Bali. Namun disebabkan sering membayar kad kredit melebihi tempoh ditetapkan, dia dikenakan kadar faedah yang tinggi. Oleh itu, Ezra bertindak mengambil Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus berjumlah RM 10,000 dengan kadar faedah 4.38% setahun untuk tempoh 3 tahun bagi menyatukan dua hutang kad kreditnya.

Kadar Faedah dari
4.38% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 100,000
Capai Percutian Impian Ke Luar Negara
Aina memasang impian untuk bercuti ke luar negara secara solo namun duit yang dikumpulnya selama 3 tahun masih belum mencukupi. Untuk mempercepatkan dia mencapai percutian idamannya, Aina mengambil Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst dengan jumlah RM 5,000 dengan kadar faedah serendah 4.99% setahun.

Kadar Faedah dari
4.99% p.a.
Pinjaman Maksimum
RM 200,000
Kos Kecemasan Membaiki Kereta
Khadija mengalami kemalangan kecil selepas dia terlanggar bahu jalan dan menyebabkan berlaku beberapa kerosakan pada keretanya. Situasi tersebut membuatkan dia terpaksa menghantar kereta ke bengkel untuk dibaiki. Untuk elak kadar faedah yang rendah, dia mengambil Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah yang menawarkan kadar faedah serendah 4.88% dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 6,000 selama 2 tahun.

Kadar Keuntungan dari
4.88% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Majlis Perkahwinan
Nazira dan pasangannya bersetuju untuk mengambil Pembiayaan Peribadi-i Al Rajhi berjumlah RM 10,000 bagi menampung kos majlis perkahwinan mereka. Dengan tempoh pinjaman selama 2 tahun, kadar faedah yang ditawarkan adalah serendah 5.77% setahun.

Kadar Keuntungan dari
5.27% p.a.
Pembiayaan Maksimum
RM 250,000
Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi Faedah Rendah di Malaysia
Bagi anda yang masih buntu dan keliru tentang pinjaman peribadi faedah rendah, berikut adalah soalan-soalan lazim yang diharapkan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.
Sesetengah bank mungkin boleh meluluskan pinjaman jika anda boleh membuktikan bahawa anda mampu untuk menguruskan kewangan peribadi daripada mengumpul lebih banyak hutang.
Pinjaman Peribadi Yang Mana Satu Saya Patut Mohon?
Daripada pinjaman peribadi untuk pekerja bergaji rendah sehingga pinjaman peribadi jenis Shariah, terdapat pelbagai jenis pinjaman yang boleh dimohon mengikut kelayakan masing-masing.
Bagi anda yang masih buntu dan tak tahu pinjaman peribadi mana yang lebih sesuai mengikut keperluan, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa pilihan lain yang mungkin boleh memudahkan urusan pilihan anda.
Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera
Nikmati wang pinjaman dalam tempoh yang pantas di mana permohonan anda dapat diluluskan dengan segera oleh pihak bank atau institusi kewangan.
Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah
Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.
Maklum Balas Pengguna
Sertai lebih 10,000 rakyat Malaysia dan mula membuat keputusan kewangan yang lebih bijak!