CelcomDigi Lancar Bundle StreamMore Baharu Serendah RM19.90 Sebulan

KONGSI

Tidak dinafikan, langgan Sooka, Disney+, iQIYI secara serentak boleh menjadi beban terhadap kewangan anda. Susulan itu, CelcomDigi kini menawarkan penyelesaian melalui bundle StreamMore baharu yang menggabungkan beberapa platform penstriman dalam satu bil.

Pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi layak untuk bundle ini dengan harga bermula dari RM19.90/bulan dan disertakan data mudah alih tambahan.

4 Bundle StreamMore dan Harga

Terdapat empat pakej yang tersedia dan setiap satunya direka mengikut pilihan tontonan anda.

StreamMORE Asian Bundle (RM19.90 sebulan)

  • iQIYI Standard VIP
  • Vision+
  • Viu Premium
  • 5GB data berkelajuan tinggi 5G/4G

StreamMore Asian dan Sports Bundle (RM39.90 sebulan)

  • iQIYI Standard VIP
  • Sooka Sports & Entertainment
  • Viu Premium
  • 10GB data berkelajuan tinggi 5G/4G

StreamMore Sports Bundle (RM59.90 sebulan)

  • Prime Video
  • Sooka Premium
  • 100GB data berkelajuan tinggi 5G/4G

StreamMore Family Bundle (RM79.90 sebulan)

  • Disney+ Premium
  • Sooka Premium
  • Viu Premium
  • 10GB data berkelajuan tinggi 5G/4G

Anda Juga Boleh Pilih Sendiri!

Jika tiada satu pun pakej di atas yang kena dengan pilhan anda, CelcomDigi turut membenarkan anda melanggan platform penstriman secara berasingan.

Berikut adalah harga bagi setiap platform:

  • Disney+ Premium: RM37.90 sebulan
  • iQIYI Premium: RM14.90 sebulan
  • Prime Video Premium: RM23 sebulan
  • Sooka Premium: RM44.90 sebulan
  • Vision+ Premium: RM14.90 sebulan
  • Viu Premium: RM9.90 sebulan

Terdapat juga pilihan pas harian untuk Sooka dengan harga RM11.90 sehari termasuk akses kepada kandungan Sooka Sports and Entertainment serta 15GB data berkelajuan tinggi.

Cara Untuk Langgan

Cara untuk melanggan pula amat mudah, anda hanya perlu buka aplikasi CelcomDigi, pergi ke tab Shop dan pilih Entertainment di bawah kategori Lifestyle. Pilih pakej atau pelan individu yang anda mahukan dan teruskan pembayaran.

Untuk maklumat lanjut, layari laman StreamMore CelcomDigi.

Bagi peminat sukan bola sepak, kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 bakal bermula pada 12 Jun ini. Jadi, anda boleh tonton kesemua 104 perlawanan menerusi Unifi TV dengan harga serendah RM50 atau secara percuma melalui TV1.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemaskini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen