DOSM: 587,801 Jawatan Kosong Diiklankan Dalam Talian Pada Suku Keempat 2025

KONGSI

Pasaran kerja di Malaysia pada 2025 berakhir dengan kukuh. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 587,801 kekosongan jawatan diiklankan secara dalam talian sepanjang suku keempat (S4) 2025, hampir sama dengan 588,148 kekosongan pada suku ketiga (S3) 2025.

Bilangan syarikat yang menyiarkan iklan kerja turut naik, daripada 77,615 kepada 80,287 syarikat dalam tempoh yang sama.

Bidang Profesional Paling Banyak Buka Pengambilan

Hampir separuh daripada semua iklan kerja S4 2025 datang daripada jawatan kategori Profesional, iaitu sebanyak 272,698 atau 46.4% daripada jumlah keseluruhan. Angka ini lebih tinggi berbanding 268,178 pada S3 2025.

Berikut adalah pecahan mengikut kumpulan pekerjaan utama bagi S4 2025:

Kumpulan PekerjaanJawatan (S4 2025)Jawatan (S3 2025)
Profesional272,698268,178
Juruteknik & Profesional Bersekutu93,358100,489
Pengurus88,080100,811
Pekerja Perkhidmatan & Jualan49,95546,881
Pekerja Sokongan Perkeranian49,68942,677

Jawatan Paling Tinggi Permintaan Pada S4 2025

Antara jawatan dengan permintaan tertinggi pada S4 2025:

JawatanS4 2025S3 2025
Profesional Pengiklanan dan Pemasaran42,41140,213
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif36,65635,606
Profesional Bersekutu Pentadbiran29,56930,523
Profesional Pentadbiran22,09318,860
Akauntan dan Juruaudit20,11117,587

Bidang pemasaran dan pengurusan atasan kekal sebagai antara pilihan paling aktif, dengan permintaan yang konsisten dari satu suku ke suku berikutnya.

Sektor Perkhidmatan Terus Pimpin Pasaran

Sektor Perkhidmatan menyumbang 84.4% atau 496,065 daripada keseluruhan iklan kerja S4 2025, naik berbanding 77.2% pada S3 2025. 

Sub-sektor dengan iklan terbanyak adalah seperti berikut:

Sub-sektor/SektorJawatan (S4 2025)Jawatan (S3 2025)
Perdagangan Borong dan Runcit, Pembaikan Kenderaan183,653164,899
Aktiviti Profesional, Saintifik dan Teknikal62,95461,367
Aktiviti Perkhidmatan Sokongan dan Pentadbiran52,03644,928
Pembuatan45,36941,303
Pembinaan40,06939,039

TVET, STEM dan Senarai Pekerjaan Kritikal

Bagi mereka yang dalam laluan TVET atau STEM, data DOSM menunjukkan permintaan yang ketara dalam beberapa kerjaya khusus.

TVET (Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional):

JawatanS4 2025S3 2025
Juruteknik5,4575,296
Eksekutif Pentadbiran5,1793,868
Pembantu Jualan4,8884,151

STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik):

JawatanS4 2025S3 2025
Juruteknik5,4575,296
Jurutera4,4563,094
Pengurus Akaun3,7373,119

Senarai Pekerjaan Kritikal (COL):

JawatanS4 2025S3 2025
Profesional Pengiklanan dan Pemasaran5,7578,268
Akauntan dan Juruaudit4,3228,044
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif4,14011,052

Meskipun bilangan jawatan COL pada S4 2025 lebih rendah berbanding S3 2025, permintaan terhadap kerjaya-kerjaya ini masih kekal tinggi secara keseluruhan.

Untuk makluman, data ini diambil daripada laporan Analisis Data Raya: Job Market Insights, Suku Tahun Keempat 2025 yang diterbitkan oleh DOSM pada 25 Mei 2026. Untuk data penuh dan visualisasi interaktif, layari open.dosm.gov.my.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen