GXBank Naikkan Had Pembiayaan PMKS Sehingga RM150,000 Melalui CGC Digital

KONGSI

GXBank baru sahaja menaikkan had pembiayaan perniagaan sehingga RM150,000, iaitu lebih tinggi berbanding sebelum ini. Kerjasama strategik yang baharu ini dilakukan bersama CGC Digital, iaitu cabang teknologi kewangan di bawah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

Pengumuman ini dibuat pada 18 Mei 2026 sebagai sebahagian daripada penambahbaikan Perbankan Bisnes GX, platform perbankan digital khusus untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Foto: GXBank

PMKS Boleh Buat Pinjaman Tanpa Cagaran

Sebelum ini, salah satu halangan terbesar PMKS untuk mendapat pembiayaan ialah kriteria di mana pemohon perlu mempunyaicagaran. Kerjasama GXBank dengan CGC Digital menangani masalah ini dengan memperkenalkan sistem jaminan digital sepenuhnya. Kini,usahawan tidak perlu lagi meletakkan sebarang aset fizikal sebagai jaminan pinjaman.

Sambutannya juga dilihat amat menggalakkan di mana lebih separuh pelanggan terus memilih kemudahan. Sebulan selepas ia dilancarkan, lebih RM3.3 juta pinjaman telah diluluskan.

GXBank turut melaporkan lebih seribu pengguna GX FlexiLoan, dengan kadar penggunaan sekitar 70% bagi keseluruhan portfolio perbankan perniagaan mereka.

Guna Penyata Bank Peribadi untuk Mohon Akaun Perniagaan

Selain itu, GXBank juga kini menerima penyata bank peribadi untuk proses pembukaan akaun perniagaan dan permohonan pembiayaan.

Kenapa ia penting? Kira-kira 70% usahawan pemilikan tunggal di Asia Tenggara masih menguruskan perbelanjaan perniagaan melalui akaun peribadi mereka. Ramai yang belum mempunyai akaun perniagaan berasingan, jadi rekod kewangan perniagaan mereka pun tidak wujud secara rasmi.

Dengan perubahan ini, usahawan bebas boleh mula membina profil kredit perniagaan menggunakan rekod kewangan peribadi yang sedia ada, sebelum beralih sepenuhnya kepada akaun operasi perniagaan yang formal.

Jurang Kredit PMKS Malaysia Bernilai RM90 Billion

Jurang pembiayaan PMKS di Malaysia kini dianggarkan bernilai RM90 billion. Ini bermakna banyak usahawan masih tidak dapat mengakses modal pertumbuhan melalui saluran bank konvensional.

Apa Yang Perbankan Bisnes GX Tawarkan?

Perbankan Bisnes GX dilancarkan pada suku keempat 2025 dan kini menjadi platform operasi kepada ribuan usahawan Malaysia dalam sektor peruncitan, makanan dan minuman serta pembuatan.

Ciri-ciri utama platform ini:

  • Kadar faedah harian 2.5% setahun untuk deposit perniagaan
  • Tiada yuran bulanan
  • Kemudahan kredit pusingan, di mana faedah hanya dikira ke atas jumlah yang digunakan
  • Pendaftaran sepenuhnya secara digital

PMKS menyumbang kira-kira 40% kepada KDNK Malaysia. GXBank menyatakan komitmen untuk memastikan sumbangan ini terus berkembang melalui akses pembiayaan yang lebih luas.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang GXBank.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen