Steven Sim Dan Gabenor BNM Sepakat, PMKS Perlu Dapat Lebih Banyak Sokongan Pembiayaan

KONGSI

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) bernilai RM5 bilion sebagai langkah membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat ketidaktentuan rantaian bekalan global. Terutamanya susulan konflik yang berterusan di Asia Barat.

Pengumuman itu dibuat sempena pertemuan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong bersama Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour pada 28 April 2026.

Apa Yang Dibincangkan Steven Sim dan Gabenor BNM?

Kedua-dua pihak membincangkan bagaimana sektor perbankan dan institusi kewangan boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyokong pertumbuhan PMKS. Khususnya ketika ekonomi global masih bergolak.

Antara perkara yang diberi penekanan oleh Steven Sim ialah keperluan untuk memperluas akses kredit kepada lebih ramai usahawan. Terutamanya mereka yang baru bermula dan yang belum pernah meminjam daripada institusi kewangan sebelum ini.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi pendekatan blended financing dengan menggabungkan sumber daripada sektor perbankan dengan pasaran modal bagi membuka lebih banyak peluang pembiayaan kepada PMKS tempatan.

Semua Pihak Perlu Berganding Bahu

Steven turut menegaskan bahawa cabaran ekonomi semasa tidak boleh ditangani oleh satu pihak sahaja. Kerajaan, institusi kewangan, sektor perbankan, dan seluruh ekosistem keusahawanan perlu bertindak serentak dengan pendekatan all hands on deck.

Menurutnya, perkara ini selari dengan misi KUSKOP iaitu “Hebatkan Perniagaan Malaysia”.

Beliau turut menyatakan bahawa matlamat KUSKOP bukan sekadar membantu perniagaan tempatan bertahan dalam tempoh sukar. Malah memastikan mereka terus berkembang, meningkatkan produktiviti dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

Pembiayaan PMKS Dah Cecah RM443.8 Bilion

Sehingga Mac 2026, jumlah pembiayaan kepada PMKS melalui institusi perbankan dan institusi kewangan pembangunan (DFI) telah mencapai RM443.8 bilion mewakili hampir 51% daripada keseluruhan pinjaman perniagaan di Malaysia.

Angka ini menunjukkan bahawa sokongan terhadap PMKS sudah pun berada pada landasan yang kukuh. Dengan kemudahan SME SRF RM5 bilion yang baharu diumumkan ini, asas tersebut dijangka dapat diperkukuh lagi untuk membantu lebih ramai pemilik perniagaan kecil dan sederhana mengharungi tekanan ekonomi global.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments