Bank Rakyat kini menawarkan kadar pembiayaan serendah 1.88% setahun untuk kenderaan berteknologi hijau baharu. Ia merupakan kadar paling kompetitif yang ada di pasaran perbankan tempatan buat masa ini.
Pakej tersebut merangkumi empat jenis kenderaan iaitu kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan hibrid elektrik (HEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV).
Tawaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, termasuk kakitangan sektor awam, swasta, dan mereka yang bekerja sendiri.
Apa Yang Anda Dapat Menerusi Pembiayaan Ini?
| Manfaat | Butiran |
| Kadar keuntungan | Serendah 1.88% setahun |
| Margin pembiayaan | Sehingga 100% |
| Tempoh pembiayaan | Sehingga 9 tahun |
| Proses kelulusan | Pantas dan mudah |
| Manfaat tambahan | Potongan khas untuk takaful kenderaan terpilih |
Bank Rakyat Mahu Lebih Ramai Rakyat Malaysia Mampu Beli Kenderaan Berteknologi Hijau
Permintaan terhadap kenderaan mesra alam dilihat terus meningkat dengan sebahagiannya didorong oleh potensi penjimatan kos untuk jangka panjang. Bank Rakyat mahu pastikan lebih ramai rakyat Malaysia boleh nikmati tawaran ini, bukan hanya golongan tertentu sahaja.
“Bank Rakyat ingin memastikan pemilikan kenderaan berteknologi hijau bukan lagi satu kemewahan, tetapi pilihan yang mampu milik bagi semua lapisan masyarakat,” menurut pihak Bank.
Tawaran ini juga sebahagian daripada strategi jangka panjang Bank Rakyat untuk memperluaskan lagi portfolio pembiayaan hijau dan menyokong agenda kelestarian negara ke arah ekonomi rendah karbon.
Bank Rakyat Terus Perkukuh Komitmen Terhadap Mobiliti Lestari
Ini bukanlah pertama kali Bank Rakyat mengambil langkah ke arah mobiliti lestari. Bank ini antara institusi kewangan terawal yang pasang kemudahan pengecas EV di premisnya. Baru-baru ini, 20 stesen pengecas EV telah dipasang di Menara Berkembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, hasil kerjasama dengan Cenergi SEA Berhad dan Recharge Xolutions.
Cara Mohon Pembiayaan Ini
Ada beberapa cara untuk memohon:
- Pergi ke mana-mana Pusat Pembiayaan Auto (AFC) atau cawangan Bank Rakyat berdekatan
- Mohon dalam talian melalui platform BRICK atau imbas kod QR BRICK
- Layari laman sesawang Bank Rakyat
- Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
