KPKT Saran Semua PBT Kurangkan Sewaan Premis Untuk Ringankan Beban Peniaga Kecil

KONGSI

Penjaja dan peniaga kecil yang menyewa premis, gerai, atau medan selera di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mungkin akan membayar sewa lebih murah tidak lama lagi.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyarankan agar semua PBT di seluruh negara supaya mempertimbangkan pengurangan kadar sewaan bagi premis perniagaan di bawah seliaan masing-masing, sehingga penghujung tahun 2026.

DBKL Umum Kadar Pengurangan Sewa Hingga 50%

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah juga dilihat sudah memulakan tindakan awal mereka dengan mengumumkan pengurangan kadar sewaan sehingga 50% bagi premis dan gerai tertentu di bawah seliaannya.

KPKT turut memuji langkah DBKL ini dan berharap PBT lain turut mengikuti.

Saranan KPKT ini juga seiring dengan cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang meminta PBT membantu peniaga yang menyewa premis di bawah kawasan mereka melalui insentif yang bersesuaian.

Kenapa Langkah Ini Perlu Dilakukann?

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peniaga kecil kini berdepan dengan peningkatan kos operasi. Pengurangan sewa ini dilakukan dengan tujuan untuk  meringankan beban tersebut, sekali gus membantu mengekalkan peluang pekerjaan dan kestabilan harga barangan serta perkhidmatan untuk pengguna.

Apa Lagi Yang Kerajaan MADANI Sedang Usahakan?

Pengurangan sewa bukan satu-satunya usaha yang sedang giat dilaksanakan. Beberapa program lain turut dilakukan untuk membantu rakyat:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  • BUDI MADANI (termasuk BUDI Diesel dan BUDI95)
  • MyKiosk
  • Penaiktarafan medan selera dan pasar awam di seluruh negara
  • Program bantuan keusahawanan dan kemudahan perniagaan yang lebih kondusif

Pelaksanaan Ikut Kemampuan PBT Masing-masing

Kaedah pelaksanaan pengurangan sewa ini akan disesuaikan mengikut kemampuan kewangan dan keperluan setempat setiap PBT. Ini bermakna kadar potongan dan premis yang terlibat mungkin berbeza antara satu kawasan dengan kawasan lain.

KPKT akan terus bekerjasama dengan semua PBT untuk memastikan inisiatif ini benar-benar sampai kepada peniaga kecil dan penjaja yang memerlukannya.

Jika anda peniaga atau penjaja yang menyewa premis di bawah PBT tempatan, hubungi pihak berkuasa tempatan di kawasan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang insentif yang mungkin tersedia untuk anda.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen