Paydibs Perkukuh Penyertaan dalam Ekosistem PayNet dengan Akses Terus ke DuitNow QR

KONGSI

Paydibs Sdn Bhd pada 11 Mei lalu mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjadi peserta langsung (direct participant) dalam rangkaian Payments Network Malaysia (PayNet) bagi penerimaan DuitNow QR.

Sebelum ini, peniaga yang menggunakan Paydibs masih boleh terima bayaran DuitNow QR tetapi prosesnya melalui pihak ketiga. Kini, sambungan itu terus kepada PayNet, tanpa memerlukan sebarang perantara.

Satu Platform, Dua Rangkaian Pembayaran Utama

Dengan integrasi ini, Paydibs kini berhubung terus dengan dua tunjang sistem pembayaran digital negara iaitu FPX (Financial Process Exchange) untuk perbankan dalam talian dan DuitNow QR untuk pembayaran melalui kod QR. Kedua-duanya boleh diakses melalui satu platform sahaja.

Bagi peniaga, perubahan ini membawa beberapa manfaat praktikal iaitu:

  • Penyelesaian dana yang lebih laju
  • Kos pemprosesan yang lebih rendah
  • Kawalan lebih telus terhadap aliran transaksi
  • Aliran tunai yang lebih baik
Foto: Paydips

Pembayaran QR di Malaysia Sedang Berkembang Pesat

Angka-angka terkini menunjukkan pertumbuhan yang ketara. Lebih 3 juta peniaga di seluruh negara kini menerima bayaran QR. Sepanjang 2025 sahaja, lebih 680,000 DuitNow QR baharu telah ditambah. Secara keseluruhan, 8.44 bilion transaksi pembayaran digital telah direkodkan pada 2025, menjadikan Malaysia antara negara peneraju global dalam penerimaan pembayaran QR.

Susulan itu, sambungan langsung kepada PayNet memberi Paydibs kedudukan yang lebih kuat sebagai pemeroleh peniaga (merchant acquirer).

QR Dinamik untuk Keselamatan Transaksi

Paydibs turut menawarkan fungsi QR dinamik pada setiap transaksi. Berbeza dengan QR statik yang kekal sama, QR dinamik dijanakan untuk setiap bayaran sekali gus mengurangkan risiko penipuan dan meningkatkan keselamatan keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Paydibs, Tee Kean Kang, berkata langkah ini memperkukuh peranan syarikat dalam ekosistem pembayaran Malaysia.

“Dengan penyertaan langsung bersama PayNet untuk DuitNow QR, kami membolehkan peniaga menerima bayaran dengan lebih mudah melalui satu platform, merentasi bank dan e-dompet,” katanya.

Langkah Terbaru dalam Perkembangan Paydibs

Untuk makluman, Paydibs sebelum ini telah melancarkan Paydibs NEO iaitu terminal pintar semua-dalam-satu pertama di Malaysia yang menggabungkan pembayaran QR, kad dan Buy Now Pay Later (BNPL) dalam satu peranti.

Paydibs turut menyokong agenda Bank Negara Malaysia (BNM) dan PayNet untuk meluaskan penerimaan pembayaran digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Dengan sambungan terus ke PayNet yang kini aktif, syarikat ini turut mempersiapkan peniaga untuk program perintis dan penambahbaikan ekosistem pembayaran yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Paydibs, layari paydibs.com.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments