LHDN Bagi Masa Tambahan, Tarikh Akhir e-Filing Dilanjutkan ke 15 Mei

KONGSI

Kalau anda belum lagi hantar Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2025, ada khabar baik. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melanjutkan tarikh akhir penghantaran selama 15 hari lagi. Ini bermakna anda kini mempunyai masa sehingga 15 Mei 2026.

Kenapa Dilanjutkan?

Pelanjutan ini diberi selaras dengan pelaksanaan wajib sistem e-Filing bagi memberi ruang kepada pembayar cukai untuk memastikan borang diisi dengan tepat dan lengkap sebelum dihantar.

Sebelum ini, tarikh akhir asal, iaitu 30 April, terpakai kepada individu dan bukan individu yang tidak menjalankan perniagaan termasuk pertubuhan, harta pusaka dan keluarga bersekutu Hindu (Hindu joint family).

Jangan Tunggu Saat Akhir

LHDN mengingatkan pembayar cukai supaya tidak menunggu hingga tarikh akhir. Fail awal untuk elakkan sistem sesak menjelang 15 Mei.

Kegagalan mengemukakan borang dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan diambil di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, ini termasuklah penalti lewat hantar atau kegagalan memfailkan borang langsung.

Cara Akses e-Filing

Anda boleh log masuk dan hantar borang melalui:

  • Portal MyTax (mytax.hasil.gov.my)
  • Laman web rasmi LHDNM (hasil.gov.my)

Sebelum mula, LHDNM mengesyorkan anda untuk semak semula nota penerangan BN yang berkaitan. Pastikan semua dokumen sokongan ada bersama anda seperti penyata pendapatan, resit, dan rekod berkaitan supaya proses pengisian lebih lancar dan tiada kesilapan yang perlu diperbetulkan kemudian.

Untuk panduan penuh proses e-Filing, rujuk Panduan Cukai Pendapatan 2026 (YA 2025) dan anda juga boleh semak artikel pendapatan cukai kami yang lain.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments