TNG Digital Catat Untung RM103 Juta, Hasil Melonjak 72% Pada 2025

KONGSI

Buat kali pertama sejak Touch ‘n Go eWallet dilancarkan pada Mac 2018, TNG Digital Sdn Bhd akhirnya menutup tahun kewangan dengan keuntungan penuh.

Syarikat ini mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM103.23 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding kerugian RM42.48 juta pada tahun sebelumnya. 

Malah, hasil syarikat turut melonjak 72% kepada RM707.28 juta, daripada RM411.92 juta pada 2024.

Bukan Sekadar E-Dompet

Pencapaian ini bukanlah satu kebetulan. TNG Digital telah mengubah tumpuan perniagaannya dan ternyata hasilnya mula kelihatan.

Tahun lepas, buat pertama kalinya separuh daripada hasil syarikat datang daripada perkhidmatan selain pembayaran. Ia termasuklah pengurusan kekayaan, insurans dan tawaran perniagaan ke perniagaan (B2B).

Kenapa ini penting? Perkhidmatan-perkhidmatan ini membawa margin yang lebih baik berbanding perniagaan pembayaran biasa. Tidak dinafikan penggunaan TNG untuk pembayaran dalam urusan harian adalah cukup tinggi tetapi keuntungan tidak begitu besar.

26 Juta Orang Pengguna dan Terus Berkembang

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni mengesahkan bahawa syarikat tersebutkini mempunyai 26 juta orang pelanggan yang telah disahkan, secara tidak langsung menjadikannya sebagai platform e-dompet terbesar di Malaysia dari segi pengguna.

“Tahun lepas merupakan kali pertama kami mencatatkan keuntungan sepanjang tahun penuh,” kata Ni dalam temu bual eksklusif bersama The Edge.

Langkah seterusnya? TNG Digital sedang menuju ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia. Jika berjaya, ia berpotensi menjadi unicorn fintech pertama yang tersenarai di bursa tempatan.

Jika anda salah seorang pengguna Touch ‘n Go eWallet, mulai 13 Mei ini, ciri Quick Payment dan Auto Reload untuk kad debit akan dihentikan secara kekal dan ketahui juga cara caj transaksi luar negara pembayaran digital ini berfungsi.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments