Tak Perlu Tunggu Notifikasi, Transaksi Kad OCBC Kini Boleh Diluluskan Terus Dalam Aplikasi

KONGSI

Mulai 8 Mei 2026, OCBC Malaysia telah mempertingkatkan ciri kelulusan dalam aplikasi bagi transaksi kad dalam talian. 

Kini, pengguna boleh meluluskan transaksi terus dalam aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking, walaupun tanpa menerima sebarang notifikasi (push notification).

Apa Yang Berubah?

Sebelum ini, kebanyakan pengguna bergantung pada notifikasi untuk meluluskan transaksi kad dalam talian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah seperti notifikasi lambat diterima atau tersalah tutup notifikasi sebelum sempat bertindak balas.

Dengan penambahbaikan terbaharu ini, anda tidak perlu tunggu notifikasi lagi. Kelulusan boleh dibuat terus melalui ciri OneToken dalam aplikasi pada bila-bila masa.

Cara Untuk Luluskan Transaksi Melalui OneToken

Prosesnya mudah dan hanya ambil masa beberapa saat:

  1. Buka aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking dan klik OneToken.
  2. Semak butiran transaksi yang terpapar.
  3. Klik Approve untuk mengesahkan transaksi.

Itu sahaja. Tiada OTP dan tak perlu tunggu notifikasi.

Soalan Yang Sering Ditanya

Macam mana nak luluskan transaksi kad kredit atau debit guna aplikasi OCBC Malaysia?

Ada dua cara. Pertama, tekan terus pada notifikasi yang masuk. Kedua, buka aplikasi, pergi ke OneToken, semak butiran transaksi dan klik Approve. Kedua-dua cara selamat dan boleh siap dalam masa beberapa saat.

Tersalah tutup notifikasi? Apa perlu buat?

Jangan panik. Buka aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking, pergi ke OneToken, semak butiran transaksi, dan tekan Approve. Transaksi anda tetap boleh diluluskan tanpa perlu minta OTP baru atau hubungi bank.

Kenapa Perubahan Ini Penting untuk Pengguna?

Setiap kali anda beli-belah dalam talian menggunakan kad OCBC, transaksi perlu mendapat kelulusan untuk diteruskan. Sekiranya kelulusan tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan, transaksi mungkin gagal dan anda perlu ulang proses pembayaran dari awal.

Dengan ciri baharu ini, anda ada kawalan penuh untuk luluskan transaksi sendiri, bila-bila masa, terus dari aplikasi. Perlu diingat, OneToken hanya boleh didaftarkan pada satu peranti pada satu masa. Jika anda menukar telefon, pastikan anda aktifkan semula OneToken pada peranti baharu sebelum membuat sebarang transaksi dalam talian. 

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen