Tune Talk baru sahaja memperkenalkan pelan prabayar keluarga terbarunya iaitu Epik+ Family pada harga RM128 sebulan. Pelan ini menawarkan 1200GB data 5G berkelajuan penuh untuk lima talian sekali gus termasuk roaming percuma ke 13 negara dan insurans kemalangan diri (Personal Accident atau PA) percuma.
Apa Yang Anda Dapat Nikmati
Pelan ini menggabungkan satu talian utama dan sehingga empat talian tambahan di bawah satu langganan yang sama. Data 5G dan 4G sebanyak 1200GB dikongsi bersama kesemua talian, dengan kelajuan sehingga 900Mbps tanpa sebarang had penggunaan (FUP). Selain itu, semua talian turut menikmati panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian.
Pelan ini beroperasi mengikut kitaran 30 hari dan anda bebas menukar pelan pada bila-bila masa. Anda juga boleh mengurus semua talian secara terus dari aplikasi Tune Talk.
Guna Data Semasa Di Luar Negara Dengan E-Roaming
Ciri E-Roaming yang disertakan bersama pelan ini (bernilai RM300) membolehkan anda menggunakan data tempatan di 13 negara tanpa caj tambahan.
Berikut 13 negara yang boleh menggunakan E-Roaming:
- Jepun
- Thailand
- Indonesia
- Singapura
- India
- Vietnam
- Filipina
- Korea Selatan
- Arab Saudi
- Kemboja
- New Zealand
- Australia
- Brunei
Ciri ini masih dalam status Beta dan had penggunaan harian sebanyak 2GB sehari terpakai semasa di luar negara, bergantung kepada negara yang dilawati. Had ini dikira bagi setiap talian secara berasingan, bukan dikongsi bersama.
Insurans PA Percuma Bernilai RM500,000
Setiap pelan Epik+ Family disertakan dengan perlindungan insurans PA percuma dengan nilai perlindungan keseluruhan sehingga RM500,000 (nilai premium RM50 ditanggung sepenuhnya oleh Tune Talk). Setiap individu (5 talian) akan menerima perlindungan sebanyak RM100,000 seorang.
Insurans PA biasanya perlu dibeli secara berasingan. Menariknya di sini, ia sudah termasuk dalam pelan tanpa bayaran tambahan.
Selain data dan roaming, pelanggan turut mendapat langganan Foodpanda bernilai RM34.50 dan akses kandungan dalam aplikasi seperti Permainan, Drama serta Nova (Astrologi) yang bernilai RM300 secara keseluruhan.
Adakah Ia Berbaloi Untuk Keluarga Anda?
Pelan ini berharga RM128 sebulan, jika dibahagikan kepada lima, anggaran harga untuk satu talian adalah RM25.60 sahaja. Dengan apa yang ditawarkan termasuk insurans PA, ia boleh dikatakan berbaloi dan dapat menjimatkan perbelanjaan bil bulanan telefon anda. Malah, ia dilihat sebagai alternatif prabayar yang sangat kompetitif berbanding pelan pascabayar keluarga lain di pasaran.
Sebelum anda beralih, pastikan anda menyemak terlebih dahulu liputan rangkaian Tune Talk (yang menggunakan pemancar CelcomDigi) di kawasan tempat tinggal atau tempat kerja anda. Data yang banyak tidak akan memberikan pengalaman optimum jika isyarat lemah di lokasi anda. Anda boleh semak peta liputan rangkaian di Malaysia melalui nperf.com.
Sesetengah kad kredit di Malaysia juga menawarkan pulangan tunai untuk pembayaran bil telefon, termasuk bil prabayar dan pascabayar, terutama apabila dibayar melalui auto-debit. Kadar pulangan tunai pula berbeza mengikut kad dan syarat yang ditetapkan oleh setiap bank.
Nak tahu kad mana yang paling sesuai dengan tabiat perbelanjaan anda? Bandingkan pilihan kad kredit pulangan tunai dan mohon di RinggitPlus.
Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh, layari laman Tune Talk Epik+ Family.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
