Dalam dunia lelongan barangan mewah, kebanyakan daripada kita pasti sudah biasa mendengar tentang jam tangan atau lukisan antik yang mencecah harga jutaan ringgit bukan?
Namun, ada satu rekod dunia yang tercipta hampir dua dekad lalu dan ia sangat mengejutkan. Siapa sangka, angka “666-6666” boleh bernilai jutaan Ringgit.
Transaksi RM12.15 Juta Yang Mengegar Qatar
Sejarah tercatat pada 23 Mei 2006 di ibu negara Qatar apabila seorang pembeli misteri membelanjakan 10 juta Riyal Qatar (kira-kira RM12.15 juta) hanya untuk memiliki nombor telefon bimbit itu. Rekod ini telah disahkan sendiri oleh Rekod Dunia Guinness (GWR).
Transaksi luar biasa ini berlaku dalam majlis lelongan amal yang dianjurkan oleh penyedia telekomunikasi utama Qatar, iaitu Qtel atau kini dikenali sebagai Ooredoo QSC.
Kenapa Nombor Ini Bernilai Jutaan?
Tukul lelongan diketuk buat kali terakhir bagi nombor yang mudah diingat itu, mudah disebut, dan rupanya cukup eksklusif untuk direbut.
Angka “666-6666” itu bukan sahaja jadi simbol status, malah meletakkan pemiliknya sebagai pemegang rekod dunia bagi pembelian nombor telefon termahal dalam sejarah.
Kisah ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dipaparkan dalam naskhah GWR edisi 2006.
Berbaloi Ke Bayar Mahal Hanya Untuk Nombor Telefon?
Pada waktu itu, kos pembelian nombor tersebut bersamaan AS$2.75 juta (kira-kira RM10 juta).
Bagi sesetengah orang, harga itu boleh dikatakan agak melampau hanya untuk identiti panggilan. Tapi bagi golongan berada di Timur Tengah, ia mencerminkan kuasa beli luar biasa dan minat mendalam terhadap barangan eksklusif di rantau tersebut.
Jadi soal berbaloi atau tidak, ia bergantung kepada status kekayaan individu itu sendiri.
Hasil Lelongan Disumbangkan Untuk Kebajikan
Menurut pengerusi Qtel ketika itu, bidaan tinggi tersebut bukan semata-mata untuk kemegahan peribadi.
Semua hasil daripada lelongan amal tersebut disalurkan kembali kepada komuniti setempat untuk tujuan kebajikan dan pembangunan sosial di Qatar.
Sehingga hari ini, identiti pembeli bertuah itu masih kekal rahsia dan tidak didedahkan kepada umum.
Anda rasa, siapa pembelinya? Dan adakah nombor telefon bimbit terbabit masih disimpan individu itu sehingga hari ini.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
