Penambahbaikan Cara Bayar Tiket Rapid KL
Pernah tak anda berkejar masa nak naik LRT atau MRT, tapi tiba-tiba baki kad Touch ‘n Go (TnG) tak cukup baki? Lepas tu kena beratur panjang untuk ‘top up’ di kaunter? Mesti rasa macam nak mengamuk kan?
Jangan risau, ada berita baik untuk anda semua! Sekarang Rapid KL iaitu organisasi yang uruskan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, dan bas sudah buat satu penambahbaikan yang cukup memudahkan semua pengguna. Sekarang, anda boleh bayar tiket guna kad kredit atau kad debit di semua kaunter Rapid KL! Fuh, lega!
Apa Sebenarnya Yang Sudah Ditambah Baik?
Sebelum ini, kalau nak naik pengangkutan awam Rapid KL, mesti kena guna kad Touch ‘n Go atau beli token. Kalau nak tambah nilai, mesti kena guna wang tunai di kaunter kan?
Sekarang, Rapid KL sudah pasang sistem pembayaran yang baru di semua kaunter perkhidmatan pelanggan di stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan laluan bas BRT. Jadi, tak perlu pening kepala lagi kalau tak ada duit tunai atau baki TnG tinggal ‘habuk’. Hulur je kad kredit atau kad debit anda, settle!
Kad Apa Yang Boleh Guna?
Hampir semua kad kredit atau debit yang ada logo MyDebit, Visa, atau Mastercard boleh diterima. Ini termasuklah kad kredit dan debit dari bank-bank tempatan macam Maybank, CIMB, Public Bank, dan lain-lain.
Ini bermakna, kalau anda jenis suka guna Samsung Pay atau Apple Pay yang sudah dipautkan dengan kad kredit atau debit, pun boleh guna juga! Senang cerita, macam anda bayar barang di kedai-kedai fizikal yang lain. Best kan?
Selain kad, semua kaunter pada masa ini juga menerima pembayaran berasaskan QR selain wang tunai.
Apa Yang Best Bila Ada Bayaran Melalui Kad Kredit / Debit Ini?
1. Lagi Cepat dan Tak Perlu Beratur:
Tak perlu lagi nak cari mesin tambah nilai atau beratur panjang di kaunter semata-mata nak untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go anda. Malah proses bayaran pun jadi lagi pantas dan anda pun boleh terus dapatkan tiket atau tambah nilai kad tanpa buang masa.
2. Tak Perlu Risau Kalau Tak Ada Duit Kecil Atau Baki Kad Tak Cukup:
Ini memang satu kemudahan yang dianggap sebagai penyelamat lebih-lebih bila anda jenis yang jarang bawa duit tunai. Buatnya baki kad Touch ‘n Go anda pun tak mencukupi, tak perlu panik. Kad kredit atau debit kan ada!
3. Memudahkan Pelancong dan Pengguna Baru:
Untuk kawan-kawan dari luar negara atau yang jarang sangat naik Rapid KL, sistem baru menggunakan kad kredit atau kad debit ini memang lagi memudahkan. Tak perlu lagi nak kena ‘study’ sistem yang digunakan oleh Touch ‘n Go yang kadangkala boleh jadi agak leceh juga untuk mereka yang baru pertama kali menggunakannya.
4. Lebih Selamat (Kurang Sentuhan):
Dengan kurangnya penggunaan wang tunai, kuranglah juga sentuhan dengan duit. Zaman sekarang ini, lagi kurang sentuh, lagi bagus!
Tapi, Ada Syarat Apa-apa Tak Untuk Penggunaan Kad Kredit Atau Kad Debit Ini?
Ya, ada beberapa perkara yang anda kena ambil perhatian:
- Pembayaran Kad Debit/Kredit ni hanya untuk transaksi di kaunter sahaja. Maksudnya, anda boleh beli tiket atau tambah nilai baki kad TnG di kaunter menggunakan kad.
- Korang tak boleh ‘tap’ kad kredit/debit anda terus terus di pagar masuk LRT/MRT lagi. Untuk melepasi pagar masuk, anda masih kena guna kad Touch ‘n Go sedia ada.
Jadi, tujuan utama sistem baru ni adalah untuk memudahkan pembayaran di kaunter, bukannya untuk menggantikan Touch ‘n Go sepenuhnya di pagar masuk.
Apa Kata Rapid KL?
Prasarana Malaysia Berhad (syarikat induk Rapid KL) sememangnya mahu menjadikan perjalanan anda lebih selesa dan efisien. Dengan memperkenalkan pembayaran menerusi kad kredit atau kad debit di kaunter ini, ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan dan buat para pengguna lagi senang hati bila nak naik pengangkutan awam.
Ini salah satu langkah ke arah sistem pembayaran open-loop iaitu bayar terus di pagar masuk guna kad bank yang dijangka akan diperkenalkan secara sepenuhnya pada masa akan datang. Jadi, ini baru permulaan ya!
Memang bagus lah inisiatif macam ni, kan? Apa pendapat anda tentang penambahbaikan baharu ini? Dah cuba ke belum?
