Pemegang Kad Kredit Visa Alliance Bank yang layak kini boleh menambah kad tersebut ke Apple Pay, tertakluk kepada kriteria kelayakan bank dan status kad. Dengan menggunakan Apple Pay, anda boleh bayar secara sentuh menggunakan iPhone, Apple Watch dan peranti Apple lain yang serasi tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal dari dompet.
Cara Tambah Kad Ke Apple Pay
Cara tambah kad bergantung pada jenis kad yang anda miliki. Sekiranya anda menggunakan Kad Kredit Virtual, pastikan dahulu peranti Apple anda serasi dan anda sudah log masuk dengan Apple Account anda. Selepas itu, log masuk ke Kad Kredit Virtual dalam aplikasi allianceonline, pilih “Add to Apple Wallet“, dan ikut langkah pengesahan yang diminta. Sebaik diluluskan, imej kad anda akan dipaparkan dalam Apple Wallet dan anda terus boleh membuat pembayaran.
Kalau anda menggunakan kad fizikal pula, buka Apple Wallet, klik “+” atau “Add Card“, kemudian masukkan atau imbas butiran Kad Kredit Visa Alliance Bank anda. Ikut langkah pengesahan yang diminta, dan selepas ia diluluskan, imej kad anda akan dipaparkan dalam Apple Wallet, sedia untuk digunakan.
Cara Bayar Guna Apple Pay Di Kedai
Proses bayar sedikit berbeza mengikut peranti. Kalau anda menggunakan iPhone, tekan dua kali butang sisi (atau shortcut Apple Pay yang berkaitan), pilih Kad Kredit Visa Alliance Bank anda dalam Apple Wallet, sahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti anda, kemudian dekatkan bahagian atas iPhone ke terminal sentuh sehingga pembayaran selesai.
Jika anda menggunakan Apple Watch, anda cuma perlu tekan dua kali butang sisi, pilih kad anda, dan dekatkan Apple Watch ke terminal sentuh. Tiada langkah pengesahan tambahan dipaparkan untuk Apple Watch dalam proses ini.
Ganjaran Kad Anda Tidak Berubah
Mata ganjaran dan pulangan tunai yang anda biasa terima tetap akan dikira sama seperti pembayaran menggunakan kad fizikal, tertakluk pada terma dan syarat kad anda. Apa yang berubah hanyalah cara anda membuat pembayaran.
Tiada Had RM250 Untuk Apple Pay
Had transaksi sentuh RM250 yang dikenakan pada kad fizikal tidak terpakai bila anda menggunakan Apple Pay. Sebaliknya, had pembelian anda ditentukan oleh had kredit akaun Kad Kredit Visa Alliance Bank anda. Pengesahan transaksi Apple Pay pula dibuat melalui Face ID, Touch ID, Optic ID atau kod laluan peranti anda sebelum tap.
Guna Pada Beberapa Peranti Dan Di Luar Negara
Anda boleh daftarkan kad kredit yang sama pada lebih daripada satu peranti Apple yang serasi, tertakluk pada bilangan maksimum peranti yang dibenarkan oleh Alliance Bank dan Apple. Kad tambahan (supplementary card) pula tidak ikut serta secara automatik, ia perlu didaftarkan secara berasingan.
Apple Pay juga boleh digunakan semasa berada di luar negara, di mana-mana tempat yang terima Apple Pay atau pembayaran sentuh Visa, tertakluk pada penerimaan peniaga, ketersediaan rangkaian, dan terma Kad Kredit Visa Alliance Bank anda.
Peranti Yang Anda Boleh Guna
Apple Pay disokong pada iPhone, Apple Watch, iPad, Mac dan Apple Vision Pro yang serasi. Untuk senarai peranti terkini yang menyokong Apple Pay, anda boleh semak terus di laman sokongan rasmi Apple.
Jika anda sedang dalam perancangan untuk mendapat Kad Kredit Visa Alliance Bank, anda boleh bandingkan dan mohon di RinggitPlus.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
