Naik Feri Percuma Di Pulau Pinang Sempena Hari Raya Aidilfitri Ini!

KONGSI

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan memberikan perkhidmatan feri percuma untuk semua rakyat Malaysia pada hari pertama dan kedua Aidilfitri nanti.

Dalam satu kenyataan, SPPP memaklumkan tarikh bagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dijangka jatuh pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad). 

Terminal Mana Yang Menawarkan Feri Percuma?

Perkhidmatan feri percuma ini hanya tersedia di dua terminal utama:

  • Terminal Sultan Abdul Halim
  • Terminal Raja Tun Uda

Jadi, pastikan anda naik dari salah satu terminal ini untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

SPPP Mahu Mudahkan Perjalanan Orang Ramai 

Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada komitmen mereka untuk memudahkan perjalanan rakyat. Terutamanya sewaktu musim perayaan ini.

Ini merupakan langkah bijak terutamanya dalam mengurangi kesesakan jalan raya di Jambatan Pulau Pinang pada setiap kali musim perayaan.

“Perkhidmatan feri percuma ini bukan sahaja untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Tetapi juga untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam dan efisien,” katanya.

Kanak-kanak Boleh Masuk Muzium Feri Percuma di bawah Program “Kids Go Free”

Selain daripada feri percuma, SPPP juga menawarkan program khas sempena ulang tahun ke-70 (jubli platinum) mereka pada tahun ini.

Program Kids Go Free Aidilfitri Special membolehkan kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke bawah untuk masuk ke Muzium Feri Pulau Pinang secara percuma.

Program yang berlaku dari 23 hingga 25 Mac 2026 itu merupakan peluang terbaik untuk mengajar anak-anak anda tentang warisan maritim Pulau Pinang.

Inisiatif ini menunjukkan usaha Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dalam memperkuat Muzium Feri Pulau Pinang sebagai pusat pembelajaran dan tarikan pelancongan berasaskan warisan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments