Standard Chartered

Pinjaman Peribadi Standard Chartered CashOne Penyatuan Hutang

Gabungkan kesemua hutang pinjaman peribadi dan kad kredit terkumpul daripada institusi kewangan lain ke CashOne Penyatuan Hutang untuk menikmati komitmen bulanan rendah dan sifar fi!

    Combine Your Debts & Pay Less With Standard Chartered CashOne Debt Consolidation Plan

    Complimentary RM 50 Giant Gift Card

    Memohon online sekarang untuk Pinjaman Peribadi Standard Chartered CashOne Penyatuan Hutang

    RinggitPlus akan membantu anda setiap langkah perjalanan

    Anda adalah bersetuju dengan Terma Penggunaan kami bila menaip maklumat perhubungan anda. Kami menghormati dan komited untuk melindungi privasi dan maklumat peribadi anda dengan selamat dan penuh tanggungjawab.

    You've almost completed your application for Standard Chartered CashOne Debt Consolidation Plan

    To help you better we need to know a little bit more about your application.
    Confirm your application

    Oops. We can't seem to get a quote for you for a while there. Please click "Get Quote" again.

    Your qualifications have not met the requirements of this policy. Don’t worry, you can still check other insurance policies

    Please fill in all fields and enter a valid email

    Thank you for applying with RinggitPlus!

    We’ve sent you an email to help with your application.

    Continue to Standard Chartered website

    If you have any questions let us know at [email protected], we'd love to help!

    Follow us to keep in touch and not miss out on offers and promotions.

    Not the personal loan you're looking for? Did you know you can compare all the personal loan in Malaysia?

    Kadar Faedah

    Jumlah caj bank anda berdasarkan jumlah pinjaman & tempoh pinjaman anda

    Nilai PembiayaanTempoh PinjamanPendapatan AndaKadar Faedah
    sehingga RM25000012 sehingga 60 bulanmin. RM360005.5% p.a.

    Fi & Caj

    Yuran sentiasa ada tetapi berapa banyak jumlahnya?

    Kadar Faedah / APR
    Sebanyak 5.5% p.a., berdasarkan jumlah dan tempoh pinjaman
    Fi Pemprosesan
    Tiada Yuran
    Duti Setem
    Tiada Yuran
    Fi Penyelesaian Awal
    Tiada Yuran

    Kelayakan

    Adakah anda layak memohon pinjaman peribadi?

    Pendapatan tahunan minimum
    RM36000
    Umur Maksimum
    21 tahun
    Umur Minimum
    60 tahun
    Kerakyatan Pemohon
    • Malaysians
    • Salaried employee

    Soalan Lazim tentang Pinjaman Peribadi Standard Chartered CashOne Penyatuan Hutang

    Informasi yang anda mungkin ingin ketahui

    Beritahu saya tentang pelan penyatuan hutang Standard Chartered CashOne ini.

    Runsing mencari solusi untuk masalah kewangan anda? Anda berada pada halaman yang betul kerana pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne Penyatuan Hutang boleh membantu anda. Pinjaman peribadi tanpa cagaran ini menawarkan kadar faedah rendah dan jumlah pembiayaan yang tinggi sesuai dengan keperluan penyatuan hutang anda

    Yang menariknya, anda akan dapat kad kredit Standard Chartered Visa Platinum secara percuma apabila pinjaman peribadi CashOne Penyatuan Hutang anda diluluskan.

    Pinjaman peribadi ini bukan pinjaman tipikal yang menawarkan kad kredit semata-mata. CashOne bertukar menjadi limit kad kredit setiap kali anda membayar balik ansuran bulanan pinjaman peribadi tersebut.

    Bagaimanakah untuk menyatukan hutang dalam pelan pinjaman peribadi CashOne?

    Pertama sekali, anda boleh memohon pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne Penyatuan Hutang ini di RinggitPlus. Anda boleh menggabungkan sehingga 5 fasiliti hutang kad kredit / pinjaman peribadi daripada institusi-institusi kewangan lain.

    Kemudian, pilihlah jumlah wang pinjaman dan tempoh bayaran balik anda. Sejurus permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan, kesemua hutang tersebut akan dilunaskan bagi pihak anda oleh Standard Chartered – anda boleh fokus kepada pembayaran balik bulanan sahaja.

    Anda perlu mengambil perhatian berkenaan jumlah pinjaman anda, yang mana sepatutnya perlu RM5,000 lebih tinggi daripada jumlah penyelesaian kesemua hutang. Sebagai contohnya, jika jumlah hutang anda ialah RM20,000, maka jumlah wang pinjaman anda seharusnya RM25,000 atau lebih.

    Berapa cepatkah saya boleh dapatkan wang pinjaman peribadi CashOne Penyatuan Hutang?

    Standard Chartered, pada kebiasaannya, akan mengambil masa beberapa hari bekerja untuk memproses permohonan CashOne Penyatuan Hutang anda. Wang pinjaman anda akan disalurkan ke akaun simpanan Standard Chartered sejurus diluluskan oleh Standard Chartered.

    Apakah fi dan caj pinjaman peribadi CashOne Penyatuan Hutang?

    Pinjaman Peribadi CashOne Penyatuan Hutang ialah mudah dan mampu dimiliki kerana Standard Chartered tidak mengenakan caj Duti Setem dan fi pemprosessan atas wang pinjaman yang telah diluluskan.

    Anda juga boleh menyelesaikan baki wang pinjaman CashOne pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh pinjaman tanpa dikenakan sebarang caj dan penalti.

    Jika saya lambat membuat bayaran bulanan, adakah saya akan didenda?

    Keterlambatan dalam membuat bayaran ansuran bulanan akan menjejaskan kewangan anda kerana jumlah baki tertunggak tersebut akan dicaj dengan fi bayaran lewat sebanyak 1% p.a.

    Dokumen apakah yang perlu saya sediakan untuk permohonan pinjaman peribadi CashOne Penyatuan Hutang?

    Pinjaman Peribadi CashOne Penyatuan Hutang tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Dokumen-dokumen yang anda perlu lampirkan bersama borang permohonan CashOne ialah seperti yang berikut:

    Pekerja Bergaji (umur maksimum 60 tahun)

    • Salinan MyKad (depan dan belakang)
    • Slip gaji 1-bulan terkini,
    • Penyata EPF terkini,
    • Penyata kad kredit,
    • Penyata penebusan pinjaman peribadi.

    Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan peribadi Standard Chartered sekiranya saya disenaraihitam?

    Bergantung pada sejarah kredit anda dengan institusi-institusi kewangan yang lain kerana informasi ini (seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman kenderaan terkumpul) akan direkodkan dalam CCRIS / CTOS (ialah sistem yang mengumpul informasi kredit peminjam, bukan menyenaraihitamkan mereka).

    Misal kata anda mempunyai kedudukan kredit yang teruk disebabkan oleh pembayaran tidak tetap, jalan yang terbaik ialah anda patut membuang tabiat tersebut dan memastikan bayaran balik anda sentiasa tepat pada masanya.

    Standard Chartered akan lebih cenderung untuk meluluskan permohonan pembiayaan peribadi anda sekiranya anda mampu menguruskan kewangan peribadi, bukannya hutang, dengan cekap.

    Read More