Meta melancarkan pelan langganan berbayar di Malaysia iaitu Instagram Plus, WhatsApp Plus dan Facebook Plus dengan harga bermula dari RM3.50 sebulan.
Ketiga-tiga pelan ini menawarkan ciri-ciri tambahan yang tidak ada pada versi percuma. Meta sendiri menjelaskan bahawa langganan ini adalah pilihan semata-mata dan tidak mengubah cara anda menggunakan aplikasi mereka seperti biasa.
Meta turut menawarkan promosi untuk pelancaraan ini. Bagi Instagram Plus, anda akan ditawarkan diskaun 55% untuk dua bulan pertama, manakala WhatsApp Plus pula percuma untuk bulan pertama sahaja.
Harga Langganan Plus di Malaysia
- Instagram Plus: RM4.50 sebulan (diskaun 55% untuk 2 bulan)
- WhatsApp Plus: RM3.50 sebulan (1 bulan percuma)
- Facebook Plus: RM4.50 sebulan
Jika anda melanggan ketiga-tiga platform sekali gus, kos bulanan anda ialah RM12.50.
Ciri-Ciri Instagram Plus
Instagram Plus direka dengan 11 ciri tambahan, paling banyak berbanding dua platform lain.
Berikut adalah 11 ciri yang ditawarkan oleh Instagram Plus:
- Story Spotlight: Story anda diberi keutamaan untuk rakan-rakan.
- Super Hearts: Hantar animasi berbentuk hati yang berwarna-warni di skrin untuk raikan story rakan.
- Multiple Story Audiences: Buat seberapa banyak senarai penonton yang anda mahu supaya story anda sampai kepada orang yang betul.
- Story Extend: Panjangkan tempoh story kepada 48 jam.
- Pratonton Story: Tonton story orang lain tanpa perlu bagi reaksi.
- Story Rewatch Insights: Semak berapa kali story anda ditonton semula.
- Search Viewer List: Cari nama tertentu dalam senarai penonton story anda.
- Custom App Icon: Pilih ikon aplikasi Instagram anda sendiri.
- Custom Bio Font: Tukar fon bio profil ikut kreativiti anda.
- More Profile Pins: Pin sehingga enam siaran di profil anda.
- Post Directly to Profile: Upload gambar atau video ke profil anda secara senyap, tanpa ganggu feed rakan-rakan.
Ciri-ciri WhatsApp Plus
WhatsApp Plus menawarkan enam ciri tambahan iaitu:
- Stiker eksklusif: Pek stiker baharu dengan kesan khas.
- Tema dan ikon unik: Buat WhatsApp anda lain dari yang lain.
- Pin sehingga 20 sembang di bahagian atas: Kekalkan perbualan penting di bahagian atas, berbanding hanya tiga pada versi percuma.
- Tukar tema aplikasi: Pilih warna baharu untuk mesej, ikon dan latar belakang.
- Nada Dering eksklusif: Tetapkan nada dering berbeza untuk kenalan penting.
- Upgrade Chat Lists: Atur senarai chat anda supaya perbualan penting sentiasa mudah dicari.
Untuk makluman, WhatsApp juga mempunyai aplikasi natif (native app) sendiri untuk Apple CarPlay. Ia sudah tersedia untuk semua pengguna melalui kemas kini terbaru iOS versi terbaharu di App Store.
Ciri-ciri Facebook Plus
Facebook Plus menawarkan enam ciri yang boleh digunakan pada Facebook dan Messenger.
Berikut adalah enam ciri yang diberikan:
- Pratonton Story: Lihat story secara ringkas tanpa nama anda masuk dalam senarai penonton.
- Story Rewatch Insights: Semak berapa kali story anda ditonton semula.
- Search Viewer List: Cari nama tertentu dalam senarai penonton story anda.
- Custom App Icon: Pilih ikon Facebook yang lebih unik untuk skrin utama telefon anda.
- Super React to Stories: Berinteraksi dengan story rakan menggunakan animasi berbentuk hati di skrin.
- Story Extend: Panjangkan tempoh story kepada 48 jam.
Adakah anda rasa ciri-ciri ini berbaloi untuk dilanggan dengan harga yang ditawarkan itu atau kekal sahaja menggunakan ciri sedia ada yang diberikan secara percuma?
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
