Rumah Percutian Di Malaysia Jana RM2.2 Bilion Pada 2025

KONGSI

Sebanyak 71.1 ribu unit rumah percutian direkodkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tahun rujukan 2025, dengan anggaran jumlah pendapatan mencecah RM2.2 bilion. Menurut Buletin Statistik Rumah Percutian  yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) , angka tersebut merupakan dapatan awal bagi industri penginapan alternatif di negara ini berdasarkan Banci Ekonomi 2026 dan data pentadbiran.

Selangor Catat Bilangan Rumah Percutian Tertinggi Di Malaysia

Selangor muncul sebagai negeri tertinggi menyediakan kemudahan itu dengan rekod 19,095 unit. Jumlah tersebut merangkumi 26.9% atau lebih satu perempat daripada keseluruhan pasaran rumah percutian di Malaysia.

Kedudukan ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 8,207 unit (11.5%) dan Johor sebanyak 7,274 unit (10.3%). Dua lagi negeri yang melengkapkan senarai lima tertinggi ialah Pahang dengan 5,393 unit diikuti Perak sebanyak 4,447 unit.

Daerah Petaling Sedia Rumah Percutian Terbanyak

Bagi segmen peringkat daerah pula, Petaling menerajui pasaran seluruh negara apabila merekodkan sebanyak 5,502 unit rumah percutian. Ini diikuti oleh daerah Ulu Langat dengan 4,067 unit, Johor Bahru (3,186 unit), Melaka Tengah (2,863 unit), dan Sepang (2,505 unit).

Sementara itu, statistik bagi negeri-negeri lain menunjukkan Pulau Pinang mempunyai 4.0 ribu unit, Melaka (3.9 ribu unit), Terengganu (3.8 ribu unit), Sabah (3.5 ribu unit), Kedah (3.3 ribu unit), Negeri Sembilan (3.0 ribu unit) dan Kelantan (2.7 ribu unit).

Sarawak pula merekodkan sebanyak 1.9 ribu unit, diikuti Perlis (0.5 ribu unit), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.1 ribu unit), manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah terendah dengan 0.05 ribu unit rumah percutian sahaja.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen