Pelan Asas Takaful Perubatan Bermula 1 Julai, Adakah Premium Anda Akan Lebih Murah?

KONGSI

Mulai 1 Julai ini, beberapa syarikat takaful terpilih akan mula menawarkan pelan asas insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) secara percubaan. Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mengesahkan syarikat yang terlibat sudah bersedia, walaupun tempoh persediaan yang diberikan adalah sangat singkat. 

Pelan asas ini bertujuan untuk memberikan rakyat Malaysia akses kepada perlindungan kesihatan pada harga yang lebih berpatutan. Terutamanya ketika premium insurans perubatan terus meningkat sejak dua tahun lalu.

Kenapa Pelan Asas Ini Penting Untuk Anda?

Kalau anda perasaan, kebelakangan ini premium insurans atau caruman takaful perubatan anda dilihat telah naik secara mendadak. Kos tuntutan perubatan dan inflasi penjagaan kesihatan yang semakin meningkat telah memaksa syarikat insurans dan operator takaful menaikkan harga.

Oleh kerana itu, pelan asas MHIT ini merupakan sebahagian daripada inisiatif RESET oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan produk insurans dan takaful perubatan swasta kekal mampu dimiliki dalam jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed turut menegaskan bahawa kenaikan premium yang berterusan bukanlah sebagai jalan penyelesaiannya. Industri memerlukan bilangan peserta yang lebih ramai, bukan sekadar caruman yang lebih tinggi daripada pemegang polisi individu. 

Syarikat Takaful Mana Yang Terlibat Dalam MHIT?

Buat masa ini, identiti syarikat yang menyertai fasa perintis masih belum diumumkan kerana proses pemilihan berada di bawah bidang kuasa BNM. Kesemua syarikat insurans dan takaful telah dijemput untuk mengemukakan pernyataan minat dan hanya yang ‘dijemput dan dipilih’ sahaja akan terlibat dalam pelancaran ini.

“Walaupun tempoh masa yang ditetapkan agak ketat. Industri ini bekerja keras untuk memastikan agenda nasional ini dapat dilaksanakan. Kita perlu bersedia menjelang tarikh tersebut,” kata pengerusi interim MTA, Borhanudin Samsudin.

Bila Pelan Ini Boleh Didapati Di Seluruh Negara?

Fasa perintis akan bermula dari Julai hingga Disember tahun ini, sebelum pelancaran penuh di seluruh negara pada awal tahun hadapan. BNM dijangka akan memberikan panduan lanjut semasa sesi town hall industri yang bakal berlangsung pada minggu depan. Panduan ini termasuk butiran tentang cara fasa perintis akan dijalankan.

Fasa percubaan pula akan berjalan dari Julai hingga Disember tahun ini, sebelum pelancaran penuh di seluruh negara pada awal tahun hadapan. Menurut kenyataan Sunway Healthcare, fasa percubaan ini dijangka bermula di sekitar Lembah Klang . BNM dijangka memberikan panduan lanjut semasa sesi town hall industri minggu depan, termasuk butiran tentang cara fasa percubaan akan dijalankan. 

MTA Ingin Pastikan Perlindungan Perubatan Kekal Mampu Dimiliki 

MTA berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pengawal selia dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan perlindungan perubatan swasta kekal mampu dimiliki dalam jangka panjang.

Walaupun langkah sementara telah diperkenalkan untuk mengelak kenaikan kos perubatan, MTA mengakui isu ini memerlukan tindakan bersama daripada keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan, termasuk reformasi struktur yang lebih menyeluruh bagi menangani punca sebenar inflasi perubatan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemaskini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen