Bagaimana Kad Kredit Islamik Berfungsi?

KONGSI

Konsep Kewangan Islamik: Tiada Riba, Tiada Faedah Berganda

Kad kredit Islamik mungkin nampak sama seperti kad kredit biasa, tapi sebenarnya ia beroperasi berdasarkan prinsip yang sangat berbeza. Secara asasnya, fungsinya tetap sama iaitu anda guna kad untuk buat pembelian sekarang, dan boleh bayar kemudian. Tapi dari sudut Syariah, ada beberapa perbezaan besar yang menjadikannya patuh prinsip Islam.

Kad kredit Islamik hanya membenarkan transaksi halal. Jadi, anda tak boleh guna kad ini untuk beli minuman beralkohol, berjudi, atau apa-apa perkhidmatan yang dianggap tidak patuh Syariah. Contohnya, restoran atau bar yang jual minuman keras biasanya tak akan terima kad kredit Islamik.

Namun, perbezaannya tak terhenti disitu sahaja.

Kad Islamik tak mengenakan faedah (interest) seperti kad konvensional kerana riba adalah dilarang dalam Islam. Sebaliknya, kad ini menggunakan konsep Ta’widh iaitu perjanjian antara bank (pemberi dana) dan pemegang kad (penerima dana). Jika anda gagal bayar sepenuhnya sebelum tarikh akhir, anda akan dikenakan kadar keuntungan tetap dan bukan faedah berganda.

Selain itu, ada juga konsep Ujrah yang bermaksud bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan, manfaat dan kemudahan yang disediakan. Contohnya, kad Maybank Islamic myimpact Ikhwan Mastercard Platinum mengenakan caj Ujrah untuk servis pendahuluan tunai (cash advance).

Kad ini masih mempunyai caj, tapi ia distrukturkan secara berbeza untuk pastikan ia mematuhi prinsip kewangan Islam.

Kenapa Anda Perlu Ada Kad Kredit Islamik?

Salah satu kelebihan besar kad kredit Islamik ialah tiada caj faedah berganda ke atas baki tertunggak. Jadi, kalau anda jenis yang suka buat bayaran separuh setiap bulan, ini boleh bantu anda jimat banyak dari segi kos kewangan.

Malah, kad kredit Islamik juga dilengkapi dengan pelbagai faedah yang setanding (kadang-kadang ianya lebih baik) berbanding kad konvensional.

Perlindungan Takaful Secara Automatik

Satu lagi nilai tambah kad kredit Islamik ialah perlindungan Takaful percuma! Kad seperti Kad Kredit Bank Rakyat Gold, sebagai contoh, menawarkan manfaat Takaful jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Dalam kes tersebut, baki hutang kad anda akan dilangsaikan sepenuhnya, dan waris anda juga akan menerima bayaran sagu hati sehingga RM1,000.

Ini sangat membantu untuk elakkan beban hutang ditinggalkan kepada keluarga, sekaligus melindungi harta pusaka anda.

Bukan Hanya Untuk Muslim

Ramai yang anggap kad kredit Islamik hanya untuk orang Islam. Sebenarnya, sesiapa pun boleh mohon tak kira latar belakang atau kepercayaan. Malah, ia boleh menjadi pilihan yang bijak bagi anda yang mahu elakkan perbelanjaan yang tak perlu seperti minum di bar atau makan di tempat yang tidak halal.

Secara praktikal, kad ini menawarkan ketenangan fikiran kerana tiada faedah berganda, caj lebih telus, serta ada perlindungan tambahan kalau berlaku kecemasan.

Kalau anda berminat nak cuba, tapi anda tak tahu nak pilih kad yang mana, lawati laman kami untuk bandingkan kad kredit Islamik terbaik. Ada banyak pilihan menarik yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments