ASNB ialah sebuah syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dengan 32 cawangan pejabat dan lebih 2,700 cawangan ejen di seluruh negara. ASNB kini menguruskan 16 dana unit amanah dengan lebih 280 bilion unit dalam edaran dan lebih 14 juta akaun. ASNB kini merupakan syarikat pengurusan unit amanah terbesar di Malaysia.
Menjadikan Penciptaan Kekayaan Mudah Diakses Oleh Semua Rakyat Malaysia

Pilihan Pelaburan
Terdapat sebanyak 16 dana pelaburan (dengan harga tetap dan berubah) dengan peruntukan aset yang berbeza untuk dipilih oleh orang ramai. Dengan pelaburan permulaan serendah RM10, kebanyakan rakyat Malaysia boleh menyimpan dan melabur dengan mudah mengikut kemampuan mereka sendiri.

Fleksibiliti dan Kemudahan
Pemegang akaun ASNB kini boleh melakukan pelbagai transaksi dalam talian melalui portal dan aplikasi myASNB. Ini termasuk mendaftar akaun baharu secara dalam talian melalui aplikasi myASNB, menyemak baki, membuat pelaburan, membuat pra-pendaftaran untuk Hibah Amanah & Akaun Amanah, menderma dalam bentuk wakaf, membuat Target Labur atau membuat pelaburan berasaskan matlamat, dan membuat pengeluaran

Pendidikan dan Sumber
ASNB menyediakan pelbagai sumber untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa depan mereka melalui webinar pendidikan dalam talian, Minggu Saham Amanah Malaysia, program jangkauan komuniti di seluruh Malaysia dan banyak lagi.
Nantikan pengumuman rasmi keputusan soal selidik ini pada bulan November.
Semua maklum balas adalah tanpa nama (anonymous) dan tidak akan mempunyai Maklumat Peribadi Yang Boleh Dikenalpasti atau Personally Identifiable Information (PII).