EN / BM / CH

Experian Information Services merupakan salah satu daripada agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia. Experian didedikasikan untuk membantu para pengguna di Malaysia mendapatkan Laporan Kredit Peribadi mereka di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa melalui pelbagai platform komunikasi, seperti komputer, telefon mudah alih dan juga tablet.

 

Selaras dengan matlamat RinggitPlus Malaysian Financial Literacy Survey (RMFLS) untuk meningkatkan kesedaran tentang tahap celik kewangan rakyat Malaysia di seluruh negara, Experian menyediakan pendidikan kewangan yang mencukupi melalui cerapan nyata yang dipacu oleh data untuk bantu pengguna memahami keadaan kewangan mereka. Cerapan ini boleh diakses melalui produk-produk Laporan Kredit Peribadi Experian yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengawal kewangan dan kedudukan kewangan mereka secara keseluruhan.

Experian Membantu Rakyat Malaysia Tingkatkan Skor Kredit Bagi Mencapai Kesihatan Kewangan

Skor Kredit

Experian i-SCORE merupakan analisis statistik sendiri daripada Experian yang menjana nombor tiga digit yang mencerminkan kepercayaan kredit pengguna. Skor ini akan membolehkan pengguna memahami kesihatan kewangan mereka dengan lebih baik, dan membantu kreditor memahami gred risiko peminjam.

Ketahui lebih lanjut:

Alat Pemantauan Kredit
(TrackMyID & JagaMyID)

Experian menyediakan alat yang membantu dalam pemantauan pergerakan profil kredit anda serta melindungi identiti pengguna daripada dijual di jaringan gelap (dark web).

Ketahui lebih lanjut:

Nantikan pengumuman rasmi keputusan soal selidik ini pada bulan November.

Semua maklum balas adalah tanpa nama (anonymous) dan tidak akan mempunyai Maklumat Peribadi Yang Boleh Dikenalpasti atau Personally Identifiable Information (PII).

Marilah bersama-sama memperbaiki kesihatan kewangan anda

Kenali rakan kongsi kami tahun ini: