Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan tempoh pembelian tiket di bawah kod promosi Madani30 untuk perkhidmatan ETS dan ERT kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akandilanjutkan sehingga 14 Mei 2026.
Lanjutan tempoh tersebut adalah berikutan sambutan yang menggalakkan dari orang ramai sejak promosi ini dilancarkan.
Diskaun 30% Untuk Tiket Dewasa
Dengan kod Madani30, anda mendapat diskaun 30% untuk tiket dewasa bagi ti semua sektor ETS dan laluan ERT JB Sentral-Tumpat-JB Sentral.
Bagi tempoh perjalanan Mei hingga Oktober 2026, sebanyak 1.2 juta tempat duduk ditawarkan di bawah inisiatif ini. Anda boleh dapat penjimatan lebih sekiranya melakukan perancangan lebih awal.
Syarat Yang Perlu Tahu
- Diskaun sah untuk perjalanan Isnin hingga Khamis sahaja
- Tidak termasuk cuti sekolah dan cuti umum
- Perjalanan boleh dibuat sehingga 14 Oktober 2026
Cara Untuk Beli Tiket, Jangan Lupa Guna Kod Madani30
Empat cara untuk beli tiket:
- Aplikasi KTMB Mobile di App Store atau Google Play
- Platform KITS Style
- Laman web rasmi ktmb.com.my
- Kios tiket di stesen terpilih
Kerajaan Mahu Galakkan Rakyat Guna Pengangkutan Rel
Untuk makluman, inisiatif Madani30 ini bukan sekadar untuk mempromosikan tiket, ia juga sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menggalakkan rakyat beralih daripada jalan raya kepada pengangkutan rel.
Matlamat kerajan adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan kualiti hidup melalui sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu.
Kalau anda ada perancangan perjalanan dalam masa terdekat menggunakan ETS atau ERL, ini adalah masa yang sesuai untuk membuat tempahan awal.
Sebelum ini, diskaun sebanyak 30% dengan menggunakan kod Madani30 itu dibuka pada 14 April sehingga 30 April.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
