Ketahui Kelayakan dan Manfaat Kad Kredit Gold, Platinum dan Premium
Bila sebut tentang kad kredit Gold, Platinum dan Premium, ramai akan terus bayangkan kad eksklusif untuk golongan berpendapatan tinggi dengan status kewangan tinggi.
Tapi apa sebenarnya yang membezakan kad-kad ni dari segi syarat kelayakan, faedah, dan had kredit?
Kelayakan pendapatan
Di Malaysia, pendapatan minimum untuk mohon kad kredit ialah RM24,000 setahun (atau RM2,000 sebulan). Biasanya, syarat ni digunakan untuk kad Classic atau Gold. Manakala, kalau anda nak mohon kad Platinum, anda perlu berpendapatan sekurang-kurangnya RM60,000 setahun.
Lebih tinggi daripada itu adalah kad kredit “premium” yang biasanya meletakkan syarat pendapatan yang tinggi (RM100,000 setahun atau lebih). Malah, terdapat juga kad istimewa jenis atas jemputan atau invite-only yang hanya boleh dimohon jika anda ada aset tertentu yang diuruskan bersama pihak bank (Assets Under Management).
Pendek kata, semakin eksklusif kad tersebut, semakin tinggi syarat kelayakan pendapatan.
Had kad kredit
Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan garis panduan baru bermula 18 Mac 2011, dimana had kredit maksimum tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, andai gaji anda berjumlah RM5,000 sebulan, jadi had kredit maksimum dari satu bank adalah RM10,000.
Maka jika anda layak dari segi pendapatan, kad Platinum adalah pilihan yang terbaik untuk akses kredit yang lebih luas berbanding kad Gold.
Yuran tahunan
Secara amnya, kad-kad eksklusif sering dikenakan yuran tahunan yang tinggi.
Kad Platinum biasanya mempunyai yuran tahunan yang lebih tinggi berbanding kad Gold. Sebagai contoh, AEON Platinum Mastercard mengenakan yuran tahunan sebanyak RM200, manakala AEON Mastercard Gold pula hanya RM95.
Tetapi anda tidak perlu risau! Sekarang ada pelbagai kad di pasaran yang datang dengan yuran tahunan percuma atau ianya boleh dikecualikan kalau anda guna kad tersebut sekurang-kurangnya 12 kali dalam setahun. Jika anda seorang pengguna aktif, anda boleh nikmati semua manfaat kad tanpa beban kos tambahan.
Ganjaran dan faedah tambahan
Inilah bahagian paling menarik iaitu perbezaan ganjaran dan faedah. Kad Premium biasanya datang dengan pakej pulangan tunai atau cashback yang lebih tinggi, mata ganjaran berganda, dan pelbagai kelebihan eksklusif yang tidak ditawarkan oleh kad Platinum atau Gold.
UOB Zenith Card adalah salah satu kad premium terbaik! Ia menawarkan 12X akses percuma lounge lapangan terbang, perlindungan insurans sehingga USD 500,000, perkhidmatan Grab percuma dari KLIA1, serta Bonus Kesetiaan sehingga 50% bagi pemegang kad dari tahun ke tahun. Eksklusif, bukan? Untuk itu, anda perlu berpendapatan sekurang-kurangnya RM 192,000 setahun untuk mohon kad ni.
Kad Platinum pula biasanya ada sedikit tambahan ganjaran berbanding kad Gold.
Contohnya, AEON Platinum Visa menawarkan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Kad Gold pula hanya menyediakan perlindungan sebanyak RM200,000, manakala kad Classic langsung tidak disertakan dengan sebarang perlindungan insurans perjalanan.
Adakah berbaloi untuk saya mohon kad platinum atau premium?
Ya, sangat berbaloi! Seperti yang kami kongsikan tadi, kebanyakan kad kredit di pasaran biasanya kecualikan yuran tahunan, dan satu-satunya caj yang dikenakan hanyalah cukai perkhidmatan RM25 setahun.
Jadi anda tidak perlu berfikir panjang kerana anda boleh nikmati lebih banyak ganjaran, perlindungan insurans tambahan, akses lounge eksklusif serta reka bentuk kad yang lebih bergaya!
Anda sedang pertimbangkan untuk memohon kad? Lihat bahagian kad kredit yang kami sediakan. Kami mudahkan proses perbandingan supaya anda boleh pilih kad yang paling sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda.

