EN / BM / CH

Atome ialah perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian yang terkemuka di Asia dan bekerjasama dengan lebih 15,000 jenama di 10 pasaran. Atome bermaksud “A-to-me” (“tersedia untuk saya”) dan misinya ialah untuk meningkatkan kehidupan pengguna melalui akses kewangan dan teknologi yang lebih besar.

 

Di Malaysia, Atome bekerjasama dengan lebih 3000 jenama, termasuk Watsons, SEPHORA, Agoda, ZALORA, SHEIN, Machines dan JDSports.

Membantu rakyat Malaysia melalui akses kewangan dan teknologi

Kekal dalam kawalan

Atome memberi rakyat Malaysia pilihan untuk membeli-belah dan membayar secara fleksibel dari masa ke semasa, tanpa yuran tahunan atau yuran perkhidmatan. Dengan aplikasi Atome, mereka boleh mengurus perbelanjaan bulanan dengan mudah melalui jadual pembayaran yang jelas dan telus.

Pendigitalan untuk Malaysia yang lebih progresif

Rakyat Malaysia boleh memuat turun dan mendaftar akaun Atome dalam masa dua minit, dengan hanya telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri. Mereka kemudiannya boleh mengimbas untuk membayar di kedai atau memilih Atome semasa membayar di atas talian.

Inklusif Kewangan

Ciri bahasa Melayu yang disediakan oleh Atome, pemarkahan skor kredit serta kerjasama BNPL Islamik dengan PayHalal bertujuan untuk memacu rangkuman dan akses kewangan yang lebih besar dalam golongan rakyat Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan kurang mendapat perkhidmatan di Malaysia.

Nantikan pengumuman rasmi keputusan soal selidik ini pada bulan November.

Semua maklum balas adalah tanpa nama (anonymous) dan tidak akan mempunyai Maklumat Peribadi Yang Boleh Dikenalpasti atau Personally Identifiable Information (PII).

Marilah bersama-sama memperbaiki kesihatan kewangan anda

Kenali rakan kongsi kami tahun ini: