BNM dan Bank Indonesia Tandatangan MoU Baharu, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

KONGSI

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu pada 11 Mei 2026, dan secara tidak langsung telah  mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua bank pusat serantau ini.

Skop Kerjasama Yang Lebih Luas

MoU ini bukan sekadar dokumen formaliti, ia meliputi enam bidang utama perbankan pusat:

  • Dasar monetari
  • Kestabilan kewangan dan dasar makroprudensial
  • Sistem pembayaran dan digitalisasi
  • Pembangunan sektor kewangan
  • Inisiatif pembangunan kapasiti
  • Perkongsian maklumat

Dengan kata lain, BNM dan BI bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam bidang yang sudah sedia ada dan turut membuka ruang untuk kerjasama dalam bidang baharu yang semakin relevan.

Ini Respon Kedua-dua Gabenor

Gabenor BNM, Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, MoU ini menyatakan semula perkongsian jangka panjang antara BNM dan BI, seiring dengan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang sedia ada sambil meluaskannya ke bidang baharu.

Gabenor BI, Perry Warjiyo pula menyifatkan perjanjian ini sebagai pencapaian penting yang bukanlah sekadar menjadi komitmen simbolik semata-mata. Bagi beliau, ia mencerminkan semangat berterusan untuk mengukuhkan hubungan institusi dan memperdalam kerjasama dua hala antara kedua-dua bank pusat, khususnya dalam persekitaran geopolitik global yang semakin mencabar.

Apa Implikasi Perjanjian Ini?

Dengan MoU ini, BNM dan BI meletakkan asas untuk perkongsian yang lebih kukuh antara Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua bank pusat berharap kerjasama berterusan dalam bidang yang dipersetujui akan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi kedua-dua negara dalam jangka panjang.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments