Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
Author Avatar

Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup kita. Selain daripada pelaburan kewangan, ia juga memainkan peranan sebagai kestabilan, keterjaminan, tempat berteduh dan berlindung di mana kenangan bersama keluarga tercipta. Dengan itu, segala faktor perlu diambil kira dan dipertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli rumah.

Apabila kita sudah berniat untuk membeli rumah sendiri, sudah tentu kita perlu memastikan pelbagai kriteria dan ciri-ciri yang diidamkan, supaya rumah yang dipilih sesuai dengan keperluan, aspirasi dan rancangan jangka panjang kita. Dari segi lokasi, fasiliti, kemudahan akses dan kemampuan harga, membuat pilihan yang betul bukan sahaja menjamin keselesaan dan ketenteraman hidup, bahkan juga kerharmonian dan kesejahteraan untuk masa hadapan keluarga yang lebih baik.

Dibawah merupakan tiga kriteria utama yang kita perlu pertimbangkan apabila membeli kediaman yang sesuai untuk keluarga kita:


1. Lokasi Strategik: Berhampiran sekolah, pusat membeli-belah dan keperluan harian

Lokasi memainkan peranan penting dalam menentukan kemudahan dan keselesaan kehidupan harian keluarga kita. Apabila memilih rumah, kita perlu mengambil kira jarak rumah dengan kemudahan asas seperti sekolah, pusat perubatan, pusat membeli-belah dan sebagainya. Rumah yang dekat dengan pusat pendidikan dan pusat perubatan yang berkualiti dapat memastikan kesejahteraan keluarga kita, manakala pusat membeli-belah yang berhampiran menjadikan aktiviti membeli barang keperluan dan aktiviti riadah menjadi lebih mudah buat seisi keluarga.

2. Kemudahan: Hiburan, Rekreasi dan Pusat Ilmu

Selain menjadi tempat berteduh; rumah juga menjadi tempat dimana kita boleh berehat, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan indah bersama yang tersayang. Jadi, apabila anda mencari rumah yang paling sesuai, pilihlah lokasi yang menyediakan kemudahan yang dapat menghidupkan suasana ceria dalam kehidupan harian keluarga anda.

Kemudahan-kemudahan seperti ruang barbeku, gelanggang bola keranjang, pusat kecergasan serta taman permainan memberi peluang untuk aktiviti rekreasi dan memupuk semangat kemasyarakatan di antara penduduk. Bagi pengisian aktiviti kerohanian para penghuni KITA Bestari – Masjid dan sekolah agama juga bakal dibina pada masa hadapan bertujuan untuk jalinan nurani dan tautan ukhwah yang lebih erat antara penduduk setempat.

3. Rangkaian Lebuhraya Utama: Akses Mudah ke Lebuhraya dan Destinasi Tertentu

Lokasi yang mempunyai akses mudah ke pelbagai tempat merupakan kriteria yang penting juga di dalam dunia moden pada hari ini. Rumah yang terletak di lokasi strategik dengan akses mudah ke lebuh raya utama memastikan perjalanan lebih lancar apabila anda ke tempat kerja, sekolah dan destinasi lain. Kawasan kediaman yang strategik juga boleh melancarkan perjalanan anda ke tempat hiburan, menziarahi rumah saudara-mara atau rakan-rakan, dan juga perkhidmatan lain yang diperlukan.

Selamat Datang ke KITA Bestari: Di Mana Rumah Idaman Keluarga Menanti!


Direka khas dengan mengutamakan ciri-ciri kehidupan berkeluarga, KITA Bestari terserlah sebagai kawasan kediaman yang berpagar dan berpengawal daripada pilihan kediaman yang sedia ada. Terletak di tanah rizab Melayu KITA @ Cybersouth, KITA Bestari menawarkan gabungan di antara kehidupan moden dan alam semula jadi.

Aura Tenang di KITA @ Cybersouth

Komuniti berpagar dan berpengawal KITA @ Cybersouth terletak di belah selatan Metropolitan Lembah Klang yang kini sedang pesat membangun.

Pembangunan ini, yang merangkumi 633 ekar tanah rizab Melayu, yang terdiri daripada rumah teres, townhouse (rumah bandar), pangsapuri dan lot komersial. KITA @ Cybersouth juga menawarkan kebolehdiaman, kemudahan akses dan harga mampu milik untuk dinikmati penghuninya.

Kemudahan Direka untuk Hiburan Kehidupan Harian

Kemudahan yang tersedia di KITA Bestari menawarkan kemudahan yang memenuhi pelbagai cita rasa, dimana penduduk boleh mengadakan sesi barbeku, melakukan aktiviti senaman di pusat kecergasan, ataupun bermain sepak takraw serta bola keranjang di kawasan yang disediakan.

Kanak-kanak juga boleh meluangkan masa di taman permainan di mana mereka boleh bermain bersama kanak-kanak lain. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka berbasikal di laluan khas basikal atau bersiar-bersiar pada sebelah petang di sepanjang laluan pejalan kaki.

Pelbagai Saiz Rumah Pilihan Anda! 


Semestinya, setiap keluarga mempunyai keperluan tertentu. Oleh itu, KITA Bestari menawarkan rumah teres satu dan dua tingkat kepada pembelinya.

Rumah teres satu tingkat bersaiz 20’ x 70’ mempunyai keluasan sebesar 1,094 kaki persegi yang menawarkan 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah ini memang sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga mahupun pasangan yang baru berkahwin. Ia juga mempunyai ruang yang cukup untuk dijadikan bilik hobi, stor ataupun untuk anda yang ingin mengadakan majlis.

Bagi rumah teres dua tingkat pula, ia terletak di lot bersaiz 20’ x 60’ dan mempunyai keluasan 1,447 kaki persegi dan merangkumi 4 bilik tidur dan 3 bilik air.

Bagi mereka yang berkeluarga, rumah teres dua tingkat semestinya menjadi pilihan yang paling sesuai, kerana anak-anak boleh mempunyai bilik tidur tersendiri. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengubahsuai bilik tidur tersebut untuk dijadikan bilik bacaan atau ruang pejabat. Bilik tidur yang tersedia di tingkat bawah pula boleh memudahkan urusan mereka yang mempunyai warga emas, dimana mereka boleh bergerak tanpa menggunakan tangga.

Dengan pelbagai pilihan dan saiz rumah yang ditawarkan, kediaman di KITA Bestari pastinya sesuai untuk keluarga yang kecil mahupun besar.

Pusat Pendidikan Yang Berhampiran

Kehidupan lebih tenang apabila rumah berhampiran dengan sekolah. Apabila jarak perjalanan hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk ke sekolah, masa selebihnya dapat digunakan untuk diluangkan bersama keluarga kita. Di KITA Bestari, penduduk berada dekat dengan pelbagai institut pendidikan untuk pelajar dari setiap peringkat umur. 

Bagi kanak-kanak yang berada di sekolah rendah atau sekolah menengah, mereka boleh menuntut ilmu di SK Dengkil dan SMK Dengkil, dimana ia berada dalam lingkungan di bawah 10 km sahaja. Bagi mereka yang berada di pengajian tinggi pula, KITA Sejati juga dikelilingi pelbagai pusat pendidikan yang terkenal seperti UiTM Dengkil, Multimedia University, dan juga Universiti Heriot-Watt Malaysia. 

Akses Mudah Ke Pelbagai Destinasi

Dengan kemudahan akses ke lebuh raya utama seperti Putrajaya-Cyberjaya Expressway, MEX, ELITE, SKVE, dan banyak lagi, KITA Bestari boleh memudahkan urusan perjalanan dan juga dapat menjimatkan masa untuk tiba ke destinasi tertentu.


Rumah Mampu Milik di Metropolitan Lembah Klang


Satu aspek yang terbaik bagi KITA Bestari ialah harga mampu milik. Dengan hanya RM509,000, ia merupakan salah satu hartanah yang sememangnya mampu milik, terutamanya apabila dibandingkan dengan kawasan kediaman bersaiz sama yang ada di kawasan tengah Metropolitan Lembah Klang. Dari pelbagai saiz yang ditawarkan, KITA Bestari boleh menjadi pilihan yang terbaik, bukan sahaja untuk mereka yang ingin berkeluarga, tetapi sesuai untuk mereka yang sedang merancang untuk membeli rumah buat pertama kali.

***

Membeli rumah keluarga pertama adalah langkah penting dalam kehidupan kita. Apabila kriteria-kriteria tertentu sudah diambil kira, tibalah masanya untuk kita bersama keluarga memulakan kehidupan dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kesejahteraan. Dengan harga yang ditawarkan mampu milik, pelbagai kemudahan disediakan, dan berdekatan dengan rangkaian lebuhraya utama, KITA Bestari semestinya boleh menjadi rumah idaman yang ideal untuk keluarga tersayang.

Jika anda sudah bersedia untuk mencipta memori indah yang penuh dengan kasih sayang bersama keluarga tersayang, klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai KITA Bestari.

0 0 votes
Article Rating

SHARE

Comments (0)

Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
Cara Memfailkan Cukai Pendapatan Jika Bertukar Atau Kehilangan Pekerjaan Pada Tahun Lalu
ringgitplus
- 27th April 2023
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beberapa tahun belakangan ini merupakan masa yang sukar bagi ramai orang, berikutan pandemik […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image