Nikmati Kediaman Penuh Kedamaian: Pangsapuri Saujana Indah di Molek, Johor Bahru
Author Avatar

Tidak hairanlah kebanyakan orang Malaysia tertarik dengan peluang pekerjaan di Singapura yang berkembang dengan pesat pada masa ini. Terdapat sebanyak 300,000 orang Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari. Walaupun ia mengambil masa berjam-jam, mereka sanggup melaluinya supaya mereka boleh berjimat dengan kos sara hidup yang lebih rendah dan duduk dengan selesa di negara tercinta. 

Jika difikirkan balik, kalau dapat peluang untuk memiliki rumah yang jaraknya hanya 20 minit ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Malaysia-Singapura, mesti hebat kan?

Memperkenalkan Pangsapuri Saujana Indah di Molek, Johor Bahru – sesuai bagi mereka yang mencari kediaman selesa dan kos efektif untuk berulang-alik dari Singapura. Dibangunkan oleh MGB Berhad, anak syarikat LBS Bina Group Bhd yang terkenal, ia terletak secara strategik di atas tanah pegangan bebas seluas 2.61 ekar yang bersambung dengan pelbagai lebuh raya, penuh dengan kemudahan moden, dan mempunyai  harga mampu milik. 

Kehidupan Selesa Dengan Kemudahan Terkemuka

Di  tengah-tengah Pangsapuri Saujana Indah  terdapat kemudahan yang sesuai untuk seluruh keluarga. Menyelam dalam kesegaran kolam renang yang menyegarkan atau cas semula tenaga di gimnasium dan ruang yoga .Untuk kanak-kanak, terdapat taman permainan khas untuk mereka dimana mereka boleh berimaginasi dan membuat rakan baru. Ruang BBQ dan Dewan Serbaguna pun sedia ada untuk mengeratkan silaturahim antara rakan, jiran dan keluarga.

Semua kemudahan ini bukan sahaja memenuhi keperluan setiap individu, ia juga sebagai sesuatu yang mengembangkan gaya hidup dan memupuk semangat kemasyarakatan; menanamkan persekitaran yang harmoni di mana interaksi lebih kerap dan meriah.

Lokasi Strategik dengan Ketersambungan Terbaik

Dengan akses yang senang ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Penyebaran Timur (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Senai-Desaru dan Lebuhraya Pasir Gudang, Pangsapuri Saujana Indah juga menawarkan akses mudah yang menyenangkan perjalanan ke hab perniagaan di Singapura dan juga bandar di Johor Bahru.

Lebih-lebih lagi, dengan lokasinya yang strategik, penduduk Pangsapuri Indah juga boleh menikmati kehidupan yang berdekatan dengan pelbagai keperluan asas, seperti:

Beli-Belah & Hiburan:

Lotus’s Plentong, Pasar Raya Besar Giant Plentong, NSK Trade City, AEON Bandar Tebrau, IKEA Tebrau, Pusat Membeli-Belah TOPPEN, dan The Mall, Mid Valley Southkey.

Pendidikan:

Sekolah Antarabangsa Paragon, SJK (C) Chien Chi, Kolej Sunway Johor Bahru, dan UiTM Pasir Gudang.

Taman Rekreasi & Hiburan:

Daiman 18 Golf Club dan Austin Heights Water & Adventure Park

Perubatan:

Hospital Sultan Ismail dan Hospital Regency Specialist

Lain-lain:

Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Alam Semula Jadi & Rekreasi

Tarikan Pangsapuri Saujana Indah adalah alam semula jadi dikelilingnya seperti Lake Garden dan Blue Lake. Dalam beberapa langkah sahaja, anda boleh pergi ke sana untuk menikmati keamanan alam semula jadi dan tempat yang tenang dimana anda boleh berehat dan bersantai.

Pelbagai Unit Dengan Sekuriti Terkawal & Berkomuniti

Untuk memenuhi keperluan  yang pelbagai pencari rumah zaman sekarang, Pangsapuri Saujana Indah menawarkan pelbagai susun atur unit:

  • Type A: 590 sqft, 1+1 bilik tidur and 1 bilik air.
  • Type B: 750 sqft, 2+1 bilik tidur and 2 bilik air.
  • Type C: 863 sqft, 3 bilik tidur and 2 bilik air. 
  • Type D: 795 sqft, 3 bilik tidur and 2 bilik air.

Dengan pelbagai jenis unit yang tersedia, ia memenuhi keperluan semua- daripada profesional muda ke keluarga yang sedang berkembang.

***

Pangsapuri Saujana Indah bukan sekadar rumah biasa; ia adalah titik tumpuan kehidupan yang penuh dengan kemudahan, keselesaan dan komuniti. Daripada kemudahan moden ke persekitaran semula jadi yang tenang, ia memberikan keseimbangan sempurna untuk kehidupan kontemporari – semuanya terletak dalam jarak memandu yang dekat dengan Singapura.

Bermula dari harga RM300,900*, anda boleh menikmati kediaman sendiri yang penuh dengan keselesaan dan kemudahan. Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana Pangsapuri Saujana Indah boleh mengubah pengalaman kehidupan anda. Klik sini!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

2 3 votes
Article Rating

SHARE

Comments (0)

Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
Cara Memfailkan Cukai Pendapatan Jika Bertukar Atau Kehilangan Pekerjaan Pada Tahun Lalu
ringgitplus
- 27th April 2023
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beberapa tahun belakangan ini merupakan masa yang sukar bagi ramai orang, berikutan pandemik […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image